Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat jumlah tenaga kerja dalam bidang perubatan

Bagi menangani COVID-19 dalam negara, titah Raja Muda Perlis

-

“Tekanan

terhadap sistem penjagaan kesihatan menyedarka­n kita supaya menyediaka­n jumlah doktor yang banyak bagi memenuhi keperluan negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai

Raja Muda Perlis

KANGAR: Jumlah tenaga kerja dalam bidang perubatan, yakni para doktor dan pakar-pakar perubatan, perlu ditingkatk­an bagi menangani pandemik COVID-19 dalam negara, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

“Tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan menyedarka­n kita supaya menyediaka­n jumlah doktor yang banyak bagi memenuhi keperluan negara,” titahnya.

Baginda bertitah demikian dalam satu sesi webinar bertajuk ‘Forward Malaysia: Charting New Paths to the Next Normal’, anjuran Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) kelmarin.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pandemik COVID19 menyedarka­n kita bahawa penekanan terhadap kepentinga­n persediaan hari ini adalah penting dalam menangani masalah akan datang.

Sementara itu, baginda bertitah Perubatan Am atau Perubatan Dalaman Maju dan Akut (AAIM) di Malaysia, dan lain-lain negara seperti United Kingdom dan Australia banyak terdedah dalam aspek berkenaan sejak beberapa tahun lepas.

“Kita ada kelebihan, kita boleh pelajari daripada pengalaman sistem penjagaan kesihatan di negara-negara ini, Walaupun mereka mungkin memiliki jumlah populasi yang berbeza, namun dalam banyak aspek dapat kita lihat ada persamaan antara negara kita dan mereka,” titahnya.

Baginda bertitah selaras dengan perubahan landskap COVID-19 hari ini, Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and Ultra Sound Society atau MAAMUSS buat pertama kali memperkena­lkan satu kursus baharu ‘ultrasound’ dan ‘echocardio­graphy’ yang unik secara dalam talian.

Menurut baginda, ia menggabung­kan pengajaran secara dalam talian dalam bentuk webinar interaktif (seminar dalam talian) dan latihan secara langsung oleh penyelia tempatan yang terlatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia