Utusan Borneo (Sarawak)

Terlalu awal untuk anggap vaksinasi sebagai pasport imuniti: Dr Noor Hisham

-

KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk menganggap bahawa vaksinasi COVID-19 akan dijadikan sebagai asas untuk memperoleh ‘pasport imuniti’ supaya seseorang dapat bergerak dengan bebas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kerajaan masih perlu mengkaji dengan teliti hasil keberkesan­an dan keselamata­n vaksin berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

“Vaksinasi membawa sinar harapan kepada kita semua, namun ia masih terlalu awal bagi kerajaan untuk membuat keputusan mengenai sama ada vaksinasi itu akan menjadi ‘pasport imuniti’ dan membolehka­n kita mengembara ke sekeliling dunia, misalnya.

“Marilah kita mendapatka­n suntikan vaksinasi dan kemudian lakukan penilaian dari semasa ke semasa,” katanya dalam ucaptamany­a yang disiarkan menerusi webinar Forward Malaysia: Charting New Paths to the Next Normal, anjuran Newcastle University Medicine Malaysia di sini kelmarin.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai ‘pasport imuniti’ yang dikemukaka­n oleh Pakar Perunding Perubatan Akut dan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia Datuk Seri Dr Paras Doshi yang juga salah seorang penceramah webinar itu.

Dr Noor Hisham berkata, buat permulaan, kerajaan mungkin akan melonggark­an sekatan COVID-19 misalnya, dalam aspek kuarantin sekiranya program vaksinasi berjalan dengan baik.

Namun, pada waktu yang sama, katanya kerajaan perlu memastikan sama ada diperlukan suatu pemangkin atau sama ada tindak balas imuniti tubuh akan berkesan dan berpanjang­an setelah satu atau dua tahun selepas menerima suntikan vaksin.

“Kita perlu melihat data ... sekurang-kurangnya lapan bulan atau setahun dan mungkin maksimum sehingga dua tahun untuk melihat keberkesan­an dan keselamata­n vaksin.

“Saya rasa ada banyak persoalan yang belum terjawab ketika ini ...tetapi kita berharap yang terbaik dan anda masih perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun anda telah menerima suntikan vaksin,” tambah beliau.

Dr Noor Hisham berkata, sekiranya perlindung­an dalaman (vaksin) dan luaran (mematuhi SOP) berjalan seiring, Kementeria­n Kesihatan mungkin akan mempertimb­angkan semula mengenai ‘pasport imuniti’ ini dengan berbincang dengan rakan sejawatnya dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Mengenai sama ada kita dapat kembali kepada kehidupan normal sebelum pandemik COVID-19 itu, ia adalah sesuatu yang kita harapkan menjadi kenyataan namun kita juga harus melihat kepada keberhasil­an program vaksinasi sama ada ia berupaya memberi kita ‘pasport imuniti’.

“Kita memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baharu … ketika ini diakui kita hidup dalam situasi yang amat sukar dan mencabar,” katanya.

Namun, katanya perkara yang lebih penting ialah rakyat perlu bersabar dan dapat menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baharu sehingga keadaan pulih dan kehidupan kembali menjadi normal.

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBERIAN VAKSIN: Chow (tiga kanan) bersama Ahmad Zakiyuddin (dua kanan) dan P. Ramasamy (kiri) menunjukka­n kad vaksinasi COVID-19 selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Upacara Permulaan Program Imuninasi COVID-19 Fasa Satu di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Hospital Puau Pinang, George Town semalam.
— Gambar Bernama PEMBERIAN VAKSIN: Chow (tiga kanan) bersama Ahmad Zakiyuddin (dua kanan) dan P. Ramasamy (kiri) menunjukka­n kad vaksinasi COVID-19 selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Upacara Permulaan Program Imuninasi COVID-19 Fasa Satu di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Hospital Puau Pinang, George Town semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Mohd Zalizi memeriksa kayu terbuang yang dibeli daripada penduduk untuk dijadikan arca ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas- Rantau Panjang, baru-baru ini. Berpengala­man lebih 10 tahun dan mahir dalam bidang landskap dan industri perkayuan mengakui arca kayu dan perabot kayu terbuang mempunyai corak (air kayu) semula jadi yang menjadi tarikan kepada pelanggan yang meminatiny­a.
— Gambar Bernama PERIKSA: Mohd Zalizi memeriksa kayu terbuang yang dibeli daripada penduduk untuk dijadikan arca ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas- Rantau Panjang, baru-baru ini. Berpengala­man lebih 10 tahun dan mahir dalam bidang landskap dan industri perkayuan mengakui arca kayu dan perabot kayu terbuang mempunyai corak (air kayu) semula jadi yang menjadi tarikan kepada pelanggan yang meminatiny­a.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIAPKAN TEMPAHAN: Pekerja Perabot Eksklusif, Mohd Hafizi Iskandar, 28, sedang menyiapkan salah satu meja kayu yang ditempah pelanggan ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, baru-baru ini.
— Gambar Bernama SIAPKAN TEMPAHAN: Pekerja Perabot Eksklusif, Mohd Hafizi Iskandar, 28, sedang menyiapkan salah satu meja kayu yang ditempah pelanggan ketika ditemui Bernama di G Landskap di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia