Utusan Borneo (Sarawak)

Pulau Pinang mula Program Imunisasi COVID-19

-

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menerima suntikan vaksin COVID-19 pada jam 10.25 pagi semalam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Pulau Pinang (HPP), sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri.

Chow menerima suntikan bersama 11 individu lain iaitu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Razak Jaafar dan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Datuk Dr Asmayani Khalib serta enam petugas perubatan awam negeri.

“Saya berharap fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang melibatkan lebih kurang 31,000 petugas barisan hadapan dapat disempurna­kan.

“Pulau Pinang sudah menerima bekalan vaksin pertama (pada 21 Februari) dan akan terima lima lagi penghantar­an melibatkan 62,000 dos bagi menyempurn­akan fasa pertama ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.

Mengulas tentang pengalaman beliau semalam, Chow berkata, proses suntikan itu yang dikendalik­an oleh Penyelia Jururawat HPP Matron Hafizah Hamzah, sangat lancar dan tidak menyakitka­n.

Semua 12 individu yang menerima suntikan vaksin semalam akan menerima dos kedua kira-kira 21 hari kemudian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia