Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan gas jejas hospital COVID-19 di Ukraine

-

KIEV: Satu kebakaran berpunca daripada letupan saluran paip gas kelmarin telah membunuh seorang pesakit dan mencederak­an beberapa orang lagi di sebuah hospital yang menangani kes COVID-19 di Ukraine, tragedi kedua seumpamany­a dalam masa sebulan, menurut pihak berkuasa.

Kebakaran maut bukan perkara luar biasa di negara bekas Soviet itu ekoran kurangnya pematuhan terhadap peraturan keselamata­n dan bangunan usang.

Kebakaran berpunca daripada satu letupan di sebuah wad di tingkat satu sebuah hospital setinggi lima tingkat di bandar barat daya Chernivtsi, jelas perkhidmat­an kecemasan.

“Sebatang saluran paip oksigen meletup dan terbakar, membunuh seorang dan mencederak­an seorang lagi,” katanya.

Seramai 20 orang telah dibawa keluar sebelum kebakaran itu dipadamkan 15 minit kemudian, tambahnya. Gambar wad menunjukka­n katil dan kerusi hangus terbakar serta cadar serta selimut yang hangus berselerak­an di atas lantai.

Datuk bandar Chernivtsi Roman Klichuk menyatakan bahawa kebakaran berlaku di salah sebuah wad di mana pesakit yang dijangkiti COVID-19 sedang menerima rawatan.

Beliau menyatakan pesakit yang tercedera berada di unit rawatan rapi dengan kelecuran teruk dan beberapa doktor sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelamat­kan nyawanya.

Awal bulan lepas, empat maut di bandar barat daya Zaporizhzh­ya selepas satu kebakaran memusnakan unit rawatan rapi di sebuah hospital yang sedang merawat para pesakit COVID-19.

Pada Januari, 16 orang terkorban dalam satu kebakaran di sebuah rumah penjagaan orang tua tidak berlesen di bandar timur Kharkiv.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia