Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan protes sekatan pergerakan di Ireland

-

DUBLIN: Beratus-ratus orang berkumpul dalam protes ganas antisekata­n pergerakan di Dublin kelmarin, dengan anggota polis menyerbu orang awam yang menunjuk perasaan membantah kawalan virus yang sedang dilakukan di Ireland.

Perdana Menteri Ireland Micheal Martin mengecam bantahan di jalan raya Dublin yang menyaksika­n 23 penahanan.

Beratus-ratus orang berkumpul bagi satu tunjuk perasaan yang dirancangk­an terhadap kawalan COVID-19 di sebuah taman tengah bandar namun telah dihalang dari kawasan tersebut oleh pihak polis.

Keadaan segera bertukar ganas dengan bunga api ditujukan ke arah anggota polis pada jarak dekat.

Anggota polis awam menyerbu orang ramai beberapa kali dengan menggunaka­n belantan.

Para penunjuk perasaan menyerahka­n risalah berbunyi ‘biarlah Ireland hidup’ dan melaungkan slogan ‘tamatkan sekatan’.

Di kalangan orang ramai adalah beberapa individu yang memakai pakaian dengan logo kumpulan haluan kanan Ireland Parti Nasional.

Pihak polis menyatakan tiga anggota polis tercedera, seorang dimasukkan ke hospital, dalam bantahan yang berlaku selama kirakira dua jam.

Martin menyatakan protes tersebut menunjukka­n kurangnya rasa hormat sepenuhnya kepada orang yang telah melakukan pengorbana­n besar ketika pandemik ini.

“Tiada justifikas­i bagi perarakan atau keganasan ini,” tambah beliau dalam satu kenyataan.

Menteri kehakiman Helen McEntee menyatakan sidang mahkamah khas telah diatur bagi memastikan mereka yang ditangkap akan didakwa dengan segera.

Terdapat 4,313 kematian akibat COVID-19 di Ireland, menurut statistik rasmi terbaharu.

Negara itu kini menjalanka­n sekatan pergerakan ketiganya, di mana Selasa lepas Martin lanjutkan sebulan lagi sehingga 5 April.

Ireland mengawal dua gelombang COVID-19 sebelum ini dengan jumlah kes dan kematian yang agak rendah.

Bagaimanap­un kes meningkat selepas beberapa sekatan ditarik balik sebelum Krismas.

Pada awal Januari negara itu mempunyai kadar jangkitan per kapita paling tinggi di dunia, menurut data daripada Universiti Oxford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia