Utusan Borneo (Sarawak)

Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemui

Mayat Mohd Fazrul ditemui orang awam kira-kira 1.5km dari lokasi kejadian

-

KUANTAN: Mayat kanak-kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini kelmarin, ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Rosdan Zakaria berkata, mayat Mohd Fazrul Hakimi Mohd Ariffin, 11, ditemui oleh orang awam kira-kira 1.5

kilometer dari lokasi kejadian.

“Sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mangsa, pasukan bomba bersama anggota polis yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa yang dibawa naik dari pesisir pantai kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dengan penemuan mayat mangsa terakhir itu, operasi SAR tamat pada jam 1.20 petang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang kelmarin, Fitrah

Dhia Zahraa’ Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, yang juga kakak kepada Mohd Fazrul Hakimi ditemui lemas selepas mereka bersamasam­a ahli keluarga ke pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah mereka.

Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang merupakan kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’ juga hampir lemas ketika cuba menyelamat­kan adiknya, bagaimanap­un diselamatk­an oleh orang awam.

Sementara itu, Mohd Zaidi Jusoh, 38, yang menemukan mayat mangsa terakhir itu ketika ditemui berkata beliau yang baru pulang daripada bertugas di Gebeng, di sini, melalui jalan tersebut kerana mengetahui terdapat mangsa lemas di kawasan pantai di situ.

“Ketika lalu saya nampak benda hitam seperti kepala dan sejurus mendekati objek tersebut ia adalah mangsa yang berada dalam keadaan meniarap.

“Kanak-kanak itu, seolah-olah dibawa naik ke pesisir pantai dengan pukulan ombak...saya menghubung­i kawan untuk memaklumka­n perkara itu sebelum pasukan keselamata­n tiba,” katanya. — Bernama

Mayat mangsa yang dibawa naik dari pesisir pantai kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dengan penemuan mayat mangsa terakhir itu, operasi SAR tamat pada

” jam 1.20 petang.

Rosdan Zakaria

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng

 ?? — Gambar Bernama ?? HIBA: Jenazah Fitrah dan Nor Najuwa diratapi ahli keluarga selepas ditemui lemas ketika mandi di pantai Kampung Sungai Ular, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama HIBA: Jenazah Fitrah dan Nor Najuwa diratapi ahli keluarga selepas ditemui lemas ketika mandi di pantai Kampung Sungai Ular, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia