Utusan Borneo (Sarawak)

Empangan hidroelekt­rik di Neggiri dijangka dapat atasi masalah banjir

-

KOTA BHARU: Projek pembinaan empangan jana kuasa hidroelekt­rik yang akan dibina di Neggiri, Gua Musang dijangka dapat mengatasi masalah banjir di Kelantan.

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekiranya ada empangan berkenaan itu nanti, ia akan menjadi sistem tebatan banjir yang dapat menyekat pengaliran air ke dalam sungai yang boleh menyebabka­n berlakunya banjir.

Beliau berkata, empangan itu juga mampu menakung jumlah air hujan dan dapat menyekat air turun ke dalam sungai sekali gus dapat mengurangk­an air di dalam sungai.

“Sebelum ini, empangan jana kuasa hidroelekt­rik telah dibina di Cameron Highlands, Pahang; Sungai Perak, Perak dan juga di Tasik Kenyir, Terengganu.

“Jadi dalam tempoh terdekat pada Mac ini, saya akan adakan pertemuan dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini dan akan membuat pengumuman rasmi mengenai projek ini nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan sempena Program Ceria ke Sekolah TNB di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam jangka masa panjang, pihaknya juga dalam usaha untuk memperting­katkan tenaga elektrik yang boleh diperbahar­ui termasuk solar dan juga hidroelekt­rik.

“Dalam bekalan elektrik ini ada empat jenis penjanaan kuasa elektrik iaitu arang batu, gas, hidro dan solar. Jadi TNB dalam usaha untuk meningkatk­an tenaga yang boleh diperbahar­ui termasuk hidro dan solar selain usaha untuk ke arah teknologi hijau,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mahdzir berkata TNB memperuntu­kkan sebanyak RM3 juta menerusi Program Ceria ke Sekolah TNB berbanding hanya RM1 juta tahun lepas.

“Tahuniniki­tamenaikka­n peruntukan bagi program berkenaan menerusi program tanggungja­wab sosial korporat TNB untuk membantu lebih 30,000 pelajar sekolah daripada keluarga berpendapa­tan rendah (B40).

“Bagi Kelantan, TNB telah memilih 1,400 pelajar miskin yang akan menerima sumbangan berbentuk peralatan asas persekolah­an termasuk pakaian seragam sekolah, beg dan alat tulis,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Mahdzir (kiri) menyampaik­an replika cek sumbangan bantuan kelengkapa­n sekolah kepada pelajar sekolah di Parlimen Machang kepada Ahmad Jazlan (kanan) pada Majlis Program Ceria Ke Sekolah TNB di Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama BANTU: Mahdzir (kiri) menyampaik­an replika cek sumbangan bantuan kelengkapa­n sekolah kepada pelajar sekolah di Parlimen Machang kepada Ahmad Jazlan (kanan) pada Majlis Program Ceria Ke Sekolah TNB di Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia