Utusan Borneo (Sarawak)

25 kambing rentung dalam kebakaran kandang

-

KEPALA BATAS: Seorang penternak kambing kerugian puluhan ribu ringgit selepas 25 ekor kambing rentung dalam kebakaran sebuah kandang di Jalan Permatang Kerai Besar, malam kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.18 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik bomba tiba, didapati sebuah kandang kambing binaan kayu berkeluasa­n kira-kira 84 meter persegi sedang marak terbakar dengan 90 peratus strukturny­a telah musnah serta 25 ekor kambing yang berada di situ turut hangus,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat daripada pemilik kandang itu, kebakaran dipercayai bermula daripada pembakaran najis kambing di bawah kandang tersebut pada sebelah petang sebelum api merebak sehingga membakar kandang.

Api berjaya dikawal dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) pada jam 10.40 malam dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian, menurut jurucakap itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia