Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin berkonsep hibrid

Perjalanan majlis akan berlangsun­g ringkas dengan tumpuan utama amanat Perdana Menteri

-

PUTRAJAYA: Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin hari ini bersempena genap setahun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui kerajaan Malaysia akan mengetenga­hkan konsep hibrid yang menggabung­kan kehadiran secara fizikal dan maya.

Perjalanan majlis akan berlangsun­g serba ringkas dengan tumpuan utama ialah amanat oleh Muhyiddin sendiri, serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dalam mengawal penularan pandemik COVID-19.

“Ini kali pertama amanat dibuat dalam bentuk hibrid. Ini adalah seperti kad laporan perdana menteri sambil juga menyampaik­an arah tuju selepas ini,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurut Saifuddin, seramai 250 orang hadir secara fizikal di Putrajaya melibatkan anggota kabinet, pegawai kanan kerajaan persekutua­n, wakil syarikat berkaitan kerajaan, korporat dan masyarakat sivil, manakala 98 orang menyertai secara telesidang iaitu menteri besar, ketua menteri serta jabatan dan agensi Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Yang paling penting ini untuk menunjukka­n kerajaan (yang dipimpin Muhyiddin) yang fungsian, prihatin dan berjaya, walaupun belum sempurna tetapi berjaya dalam mengimbang­kan antara life (keselamata­n nyawa) and livelihood (mata pencarian). Ini adalah mesej utama yang hendak disampaika­n,” katanya.

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Putra Ustaz Ikmal Zaidi Hashim Al-Hafiz, disusuli tayangan montaj istimewa yang memaparkan insiatif kerajaan serta bantuan yang diberi kepada rakyat dan pencapaian dalam tempoh setahun lepas.

Selepasitu,perdanamen­teri akan menyampaik­an amanatnya dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Antarausah­ayangsigni­fikan yang telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang diumumkan pada 27 Mac 2020 dengan tiga matlamat, iaitu melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkuku­hkan ekonomi.

Pada tahun ini pula, kerajaan melancarka­n Pakej Bantuan Perlindung­an Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang diumumkan pada 18 Januari lalu.

Insiatif yang paling dekat dengan hati rakyat Malaysia

Ini kali pertama amanat dibuat dalam bentuk hibrid. Ini adalah seperti kad laporan perdana menteri sambil juga menyampaik­an arah tuju selepas ini.

Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Komunikasi dan Multimedia

ialah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disediakan kerajaan melalui pakej PRIHATIN yang diberikan kepada kumpulan sasaran meliputi golongan B40, M40 dan bujang bagi membantu rakyat dalam perbelanja­an keperluan harian.

Pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ yang bermula pada 24 Februari lalu dalam tiga fasa pula bertujuan memastikan sekurangku­rangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin COVID-19 menjelang Februari 2022.

Fasa 1 digerakkan dari Februari hingga April untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang, Fasa 2 bermula April hingga Ogos membabitka­n kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang.

Fasa 3 pula bermula dari Mei hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas termasuk warganegar­a dan bukan warganegar­a dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Muhyiddin merupakan individu pertama di negara ini menjalani proses vaksinasi yang turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas barisan hadapan pada 24 Februari lepas yang menandakan bermulanya program imunisasi itu.

 ??  ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia