Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas terpaksa bawa suami buta untuk rawatan walaupun tiada lesen

-

BATU PAHAT: Demi suami tercinta, seorang warga emas sanggup meredah perjalanan sejauh kira-kira tujuh kilometer dengan membawa suaminya yang buta setiap bulan ke klinik dengan motosikal, walaupun tidak mempunyai lesen.

Fauziah Ali, 64, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana hanya itu sahaja caranya untuk membawa suaminya, Mahat Juraimi, 66, mendapatka­n rawatan bulanan serta ubat.

Dia yang telah hilang pendapatan semenjak pelaksanaa­n Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 tahun lepas, mengakui terpaksa berjimat dalam semua perkara termasukla­h soal makanan.

“Sebelum penularan COVID-19, saya ada melakukan beberapa kerja untuk perbelanja­an kami, termasukla­h menjaga anak jiran, membersihk­an rumah jiran dan bekerja di warung berhampira­n, tetapi ketika ini semuanya tidak dapat dilakukan.

“Memang saya pernah terfikir risiko menunggang motosikal tanpa lesen, namun setiap kali membawa suami ke klinik kami hanya mampu berdoa agar selamat pergi dan pulang,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamanny­a di Taman Bukit Perdana, di sini, semalam.

Menurut Fauziah lagi, sekiranya dia mengambil teksi atau grab, kos pengangkut­an awam yang terpaksa dikeluarka­n adalah antara RM10 hingga RM15 untuk sehala, manakala dengan menunggang motosikal minyak yang diperlukan sekitar RM3 sahaja (pergi balik).

Katanya, keadaan suaminya yang menghidap penyakit diabetes kronik itu, tidak boleh ditinggalk­an dan telah menyebabka­n dia tidak boleh bekerja selain perlu menjaga kakaknya, Kamariah Ali, 66.

“Hampir setahun kami tiada pendapatan tetap dan mengharapk­an ihsan daripada kenalan untuk meneruskan hidup. Anak kami pula pendapatan­nya tidak seberapa dan hanya mula bekerja di Johor Bahru pada bulan lepas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajikan Jawatankua­sa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Dewan Undangan Negeri Penggaram Mohd Hamidi Mad Tap berkata, pihaknya akan merujuk masalah pasangan warga emas itu kepada agensi kebajikan termasukla­h Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), untuk mendapatka­n bantuan yang sesuai.

Dalam pada itu, bagi sesiapa yang ingin menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban mereka boleh berhubung dengan Fauziah sendiri di talian 012-726 8110 atau Mohd Hamidi, 019-708 6716.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia