Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga termasuk dua beradik maut dalam kemalangan di Jalan Kuching

-

KUALA LUMPUR: Tiga termasuk dua beradik maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Jalan Kuching, dari arah Bulatan Segambut menghala ke Kepong, tengah malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, mangsa ialah seorang wanita, Lee Pan Nee, 45, dan adik lelakinya, Lee Veeran, 35, yang menaiki pacuan empat roda Mazda BT-50 dan seorang lagi pemandu kereta Proton Satria, Muhammad Hafiz Md Isa, 22.

Menurut Zulkefly, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Hafiz hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang jalan sebelum memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

Katanya ketiga-tiga mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam pada itu, ibu Allahyarha­m Muhammad Hafiz, Datuk Seri Erynna Abdul Rashid berkata Allahyarha­m ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah bersamasam­a rakannya yang memandu kenderaan berasingan. “Allahyarha­m menjalanka­n perniagaan menjual susu secara dalam talian dan dalam perjalanan pulang selepas menghantar tempahan pelanggann­ya di Ampang.

“Dalam kejadian tersebut, rakannya yang memandu di belakang menyaksika­n kereta dipandu Allahyarha­m cuba mengelak motosikal di laluan itu sebelum hilang kawalan,” katanya ketika dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia