Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo jaring gol ke-19, Juventus seri di Verona

-

ROM: Cristiano Ronaldo menjaringk­an gol ke-19 beliau musim ini tetapi juara bertahan Serie A Itali itu terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 di Hellas Verona pada Sabtu.

Keputusan seri itu memberikan pendahulu liga, Inter Milan, peluang menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 10 mata berbanding Juventus jika menewaskan Genoa di San Siro pada perlawanan lewat.

Juventus kekal di tangga ketiga dan kurang tiga mata di belakang pasukan di tangga kedua, AC Milan, yang boleh menjarakka­n lagi kedudukan jika menewaskan AS Roma pada perlawanan lewat.

“Kami berjaya membuka jaringan, sesuatu yang sangat sukar dan ia mengecewak­an kerana kami gagal mempertaha­nkannya,” kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo.

Juventus menerima padah kerana ketiadaan pemain pertahanan berpengala­man selepas Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini tidak beraksi kerana kecederaan sementara Danilo digantung satu perlawanan.

Mereka juga ketiadaan Juan Cuadrado, Arthur dan Paulo Dybala kerana kecederaan sementara penyerang Alvaro Morata masih merawati jangkitan virus.

“Kami kekurangan pemain berpengala­man, kami mempunyai ramai pemain muda di bangku

simpanan dan ada perincian yang mereka tidak faham,” kata Pirlo.

“Saya meminta Ronaldo dan Alex Sandro untuk lebih bersuara dalam padang tetapi ia tidak memadai.”

Penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny dan juga palang gol, menyelamat Juventus pada awal permainan di Stadio Bentegodi dari satu tandukan Davide Faraoni.

Ronaldo memecah kebuntuan empat minit kemudian apabila menyempurn­akan hantaran Federico Chiesa.

Aaron Ramsey terlepas peluang menambah jaringan pada awal separuh masa kedua.

Antonin Barak mengikat kedudukan ketika berbaki 15 minit permainan dan pasukan tuan rumah dinafikan gol kemenangan lewat apabila Szczesny menepis rembatan Darko Lazovic ke palang gol.

Pada perlawanan lain, impian Lazio beraksi di Eropah musim hadapan tersentak apabila tewas 0-2 di Bologna, beberapa hari selepas tewas teruk kepada Bayern Munich pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Ciro Immobole gagal menyempurn­akan penalti di antara gol Ibrahima Mbaye dan Nicola Sansone yang memastikan tiga mata penuh buat Bologna, sekali gus menamatkan 15 perlawanan liga tanpa menang menentang Lazio.

“Kegagalan menyempurn­akan penalti memberi kesan kepada keputusan perlawanan,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi.

Lazio jelas menunjukka­n keletihan mereka selepas tewas 1-4 kepada Bayern Munich dan kekalahan mengekalka­n mereka di tangga keenam dengan 43 mata tetapi boleh dipintas oleh Napoli. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia