Utusan Borneo (Sarawak)

Inter Miami siap sedia dalam misi pemburuan pemain pilihan: Beckham

-

MIAMI: David Beckham berkata kelabnya, Inter Miami, sudah bersedia untuk berbelanja besar ketika membuat persediaan untuk musim kedua mereka dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) di bawah kendalian jurulatih baharu, Phil Neville.

Bercakap pada satu majlis pelancaran jersi baharu Miami, Beckham, pemilik bersama Inter Miami berkata kelab menyaksika­n bakat kelahiran tempatan sebagai batu asas kejayaan jangka panjang kelab.

Bagaimanap­un, beliau menyedari bahawa Inter masih mahu memburu nama besar dengan merujuk pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, dengan kedua-dua pemain itu pernah membayangk­an minat untuk bermain dalam MLS.

“Saya sudah berkata dari hari pertama bahawa sistem akademi kami adalah bahagian penting dalam kelab dan jika kami boleh menghasilk­an pemain hebat untuk bermain bersama Inter Miami, maka ia adalah sasarannya,” kata Beckham.

“Tetapi kami juga tahu bahawa berada di Miami, peminat kami mahu melihat bintang besar.

“Kami sudah mempunyai pemain seperti Gonzalo Higuain dan Blaise Matuidi yang menambah keglamoura­n di kelab tetapi juga melangkah ke hadapan, kami mahu mempunyai peluang untuk membawa beberapa lagi pemain bintang.”

Ditanya tentang Messi dan Ronaldo, Beckham enggan menolak satu perpindaha­n untuk salah seorang pemain.

“Pemain harus tepat untuk pasukan, masih mempunyai cita-cita dan mahu menang,” kata Beckham.

“Jadi bila sahaja kami menyebut tentang pemain, kami memastikan ciri-ciri itu adalah keutamaann­ya.

“Sudah tentu kami sentiasa mahu membawa pemain hebat. Miami adalah tarikan untuk semua orang dan pemain seperti Messi dan Ronaldo adalah pemain yang kami mahu bawa ke sini.”

Beckham berkata polisi pengambila­n pemainnya adalah dari inspirasi bekas pengurusny­a di Manchester United, Alex Ferguson.

“Alex Ferguson adalah pakar memilih pemain yang betul, beliau tidak sentiasa membawa pemain terbaik dunia, beliau membawa pemain yang betul untuk kelab dan ia adalah salah satu perkara yang sentiasa saya jadikan panduan di sini,” kata beliau.

Neville sudah mendapatka­n bekas pemain pertahanan Stoke City, Ryan Shawcross ke dalam skuadnya dan juga pemain tengah Gregore sementara rundingan sedang berjalan untuk pemain pertahanan West Brom, Kieran Gibbs. — AFP

 ??  ?? BECKHAM
BECKHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia