Utusan Borneo (Sarawak)

Liu Ying tekad buru gelaran terbuka Switzerlan­d

-

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran profesiona­l negara Goh Liu Ying tekad untuk memburu kejuaraan di kejohanan badminton Terbuka Switzerlan­d yang akan berlangsun­g pada 2 hingga 7 Mac di Basel, Switzerlan­d.

Menurut Liu Ying, kemenangan di kejohanan terbuka itu sangat penting dalam usaha mereka meraih mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo Julai ini.

“Kami bersiap sedia untuk Terbuka Switzerlan­d bulan depan. Kami harap dapat lakukan yang terbaik untuk memenangi kejohanan itu dan meraih mata ke Sukan Olimpik,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Liu Ying dan gandingann­ya, Chan Peng Soon diletakkan sebagai pilihan utama bakal berdepan pasangan Thailand Nipitphon Phuangphua­pet-Benyapa

Aimsard pada pusingan pertama.

Pada kejohanan Terbuka Thailand Toyota, Peng SoonLiu Ying tersingkir pada perlawanan suku akhir selepas tunduk kepada pasangan India Satwiksair­aj Rankireddy­Ashwini Ponnappa 21-18, 22-24, 20-22.

Pasangan di ranking ke-13 dunia sebelum itu terkandas di suku akhir Terbuka Thailand Yonex setelah tewas kepada pasangan tuan rumah Dechapol Puavaranuk­rohSapsire­e Taerattana­chai 1821, 17-21.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro itu ‘rujuk kembali’ dengan jurulatih mereka Chin Eei Hui pada awal tahun ini, selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggugurk­an jurulatih berkenaan Disember tahun lepas.

Sementara itu, Liu Ying mengakui pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan terhadap latihannya namun bersyukur apabila latihan di gelanggang kembali dibenarkan.

“Bagaimanap­un, beberapa corak latihan perlu diubah disebabkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19,” katanya yang banyak melakukan latihan kekuatan ketika aktiviti di luar tidak dibenarkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia