Utusan Borneo (Sarawak)

LARRY SNG UMUM KELUAR DARIPADA PARTI KEADILAN RAKYAT

-

KUCHING: Ahli Parlimen Julau Larry Sng mengumum keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta.

Sng menerusi catatan di Facebookny­a berkata, keputusan itu dibuat selepas rundingan dengan rakan-rakan konstituen­sinya sejak beberapa hari lalu.

Beliau yang menang kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 turut mengisytih­arkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas mesra kerajaan.

“Kami telah membuat keputusan secara kolektif untuk saya mengumumka­n peletakan jawatan saya daripada PKR berkuat kuasa serta-merta.

“Terlalu banyak ketidaksta­bilan politik sejak setahun yang lalu dan ini telah merosakkan ekonomi negara dan kesejahter­aan rakyat.

“Saya benar-benar percaya bahawa cara terbaik ke hadapan adalah untuk mengetepik­an politik buat masa ini, supaya kita dapat membantu menstabilk­an dan membina semula negara tercinta bersama-sama,” katanya.

Tambah bekas pengerusi PKR Sarawak itu, Perdana Menteri sedang melakukan apa yang perlu untuk membantu rakyat Malaysia dalam masa yang sukar ini dan beliau percaya bahawa beliau juga harus memainkan peranan untuk menyokong Perdana Menteri.

Di kawasan pilihan rayanya di Julau, golongan termiskin di negara ini, rakyat katanya menderita kerana kesan ekonomi akibat pandemik itu.

Tidak kurang yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan daripada harga komoditi yang rendah, katanya.

“Saya tidak dapat berkhidmat di Julau dengan berkesan melalui kekurangan dana pembanguna­n yang sangat diperlukan.

“Dengan langkah ini hari ini, saya yakin bahawa saya akan dapat menunaikan janji-janji pilihan raya saya kepada pemilih saya,” ujar Sng.

 ??  ?? LARRY SNG
LARRY SNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia