Utusan Borneo (Sarawak)

HENTI SEBAR MAKLUMAT MENGELIRUK­AN TENTANG VAKSIN COVID-19: PENDAKWAH

-

LABUAN: Seorang pendakwah terkenal di sini semalam menasihati golongan antivaksin agar berhenti menyebarka­n maklumat mengeliruk­an tentang vaksin COVID-19.

Ustaz Muhammad Shafei Abdul Ghani berkata, program imunisasi COVID19 tidak harus dipertikai­kan memandangk­an angka kematian akibat penyakit itu terus bertambah.

“Kita mesti berikhtiar untuk membendung penularan pandemik ini. Tindakan ini selaras dengan ajaran Islam yang menekankan bahawa menjadi tanggungja­wab kita untuk mengambil langkah pencegahan bagi menangani penyakit berjangkit.

“Golongan antivaksin tidak boleh sewenangwe­nangnya menolak vaksin ini hanya dengan menyatakan vaksin tersebut diperbuat daripada bahan tidak halal, melainkan mereka mempunyai bukti kukuh bagi menyokong dakwaan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia