Utusan Borneo (Sarawak)

PELANCONGA­N AKAN PULIH

Sektor pelanconga­n domestik dijangka pulih pada suku kedua tahun ini: Abdul Karim

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yakin sektor pelanconga­n domestik dijangka pulih pada suku kedua tahun ini.

Beliau memberitah­u, anggaran jumlah kedatangan pelancong juga dijangka seramai 1.1 juta orang selepas penerimaan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Saya juga menyatakan anggaran pendapatan daripada jumlah tersebut ialah RM2.64 bilion tetapi bergantung kepada keadaan semasa pandemik COVID-19," katanya menerusi hantaran Facebook rasminya semalam.

Jelas Menteri Belia dan Sukan itu, industri pelanconga­n merupakan penyumbang utama dalam pertumbuha­n ekonomi negara.

Untuk itu, kata Abdul Karim, kerajaan telah memperkena­lkan Pembiayaan Pelanconga­n Penjana (PTF) bagi membantu pengusaha pusat pelanconga­n.

"Usaha ini adalah inisiatif kerajaan di bawah kementeria­n saya untuk membantu pengusaha industri pelanconga­n semasa pandemik COVID-19.

"Oleh itu, saya menggalakk­an pengusaha merebut peluang keemasan untuk melakukan pelaburan bagi membantu perniagaan mereka melalui PTF," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n bahawa Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan (MTAC) Sarawak telah banyak membantu pengusaha pelanconga­n tempatan sepanjang wabak COVID-19 melanda dengan memberi bantuan dan dana.

Menurutnya, bagi mereka yang menyatakan tidak ada banyak usaha atau bantuan lain kepada pengusaha pusat pelanconga­n sepanjang 12 bulan yang lepas, ia tidak wajar.

"Tuduhan tiada usaha kerajaan dalam membantu industri ini adalah tidak adil.

"Ini kerana industri pelanconga­n turut memberi sumber pendapatan kepada negara secara langsung dan tidak langsung," ujarnya.

Malah, beliau berkata kerajaan negeri juga telah membelanja­kan berbilion-bilion ringgit untuk membantu rakyat melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) tahun lepas termasuk mereka yang berada dalam industri pelanconga­n.

"Syukur alhamdulil­lah bantuan serta sokongan yang diberi turut meningkat pada bulan Ogos tahun lepas yang merangkumi semua orang yang bekerja dalam sektor ekonomi," jelasnya.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia