Utusan Borneo (Sarawak)

TUJUH SEKELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL

-

Sebuah keluarga dari Kampung Batang Maro hilang tempat tinggal setelah rumah mereka musnah terbakar tengah malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata, insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 12.50 malam.

“Ketika tiba di lokasi kejadian yang sejauh 79 kilometer dari balai, pasukan bomba mendapati rumah dua tingkat yang berstruktu­r tidak kekal telah musnah terbakar 100 peratus.

“Pada masa yang sama, seorang wanita dewasa melecur di bahagian tangan kanan dan terus dirawat anggota bomba dari unit EMRS sebelum mendapatka­n rawatan selanjutny­a di klinik berhampira­n.

“Usaha mengawal dan seterusnya memadam kebakaran tersebut mengambil masa hampir tiga jam,” katanya kepada media di sini, semalam.

Rumah ini dihuni tujuh ahli keluarga.

Menurut Nazry, berdasarka­n maklumat awal kebakaran tersebut bermula di bahagian dapur.

“Namun demikian, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa masih dalam siasatan,” tegas Nazry.

 ??  ?? HANGUS: Kebakaran membabitka­n sebuah rumah di Kampung Batang Maro, tengah malam kelmarin.
HANGUS: Kebakaran membabitka­n sebuah rumah di Kampung Batang Maro, tengah malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia