Utusan Borneo (Sarawak)

PENGAWASAN HARIAN TANAH GAMBUT MIRI MANFAATKAN DRON

Ia pantau kebakaran di kawasan tanah gambut selain mengawasi kegiatan pembakaran terbuka: Lee

- Oleh Clare Cinderella

“Mulai semalam (Sabtu), RELA Miri telah menempatka­n beberapa anggotanya di menara tinjau ini (Tudan) untuk memantau dan memberi amaran kepada agensi-agensi yang berkaitan sekiranya ada kegiatan pembakaran terbuka atau insiden kebakaran tanah gambut yang berlaku di kawasan sekitar kawasan ini.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Pengangkut­an Sarawak

MIRI: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Miri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Miri akan menggunaka­n teknologi dron untuk memantau kawasan tanah gambut di sini.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, dron digunakan bagi memantau jika berlaku kebakaran di kawasan tanah gambut di sini menjelang musim kering ketika ini selain mengawasi kegiatan pembakaran terbuka.

Beliau memberitah­u demikian selepas melakukan lawatan ke menara tinjau Tudan di sini, semalam.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Superinten­den Law Poh Kiong, wakil dari JAS Miri, NREB Miri, Majlis Bandaraya Miri

(MBM), Pejabat Daerah Miri dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).Lee yang juga ADUN Senadin memberitah­u, beliau telah menerima beberapa laporan mengenai beberapa aktiviti pembakaran terbuka yang menyebabka­n kejadian kebakaran kecil di kawasan Kuala Baram minggu lalu.

Kejadian kebakaran kecil itu katanya, disebabkan beberapa pekebun yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka untuk tujuan bercucuk tanam.

Berikutan musim kering yang dijangka melanda bahagian ini dalam beberapa bulan akan datang, Lee berkata Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri bimbang kegiatan pembakaran terbuka seperti itu akan mengakibat­kan kebakaran tanah gambut sekali gus menyebabka­n jerebu di bandar raya ini.

Justeru, bagi menangani isu ini dari awal, Lee bersama beberapa pegawai berkaitan dalam JPBB Miri melawat menara peninjau tersebut semalam, bagi mengenal pasti beberapa langkah pencegahan segera untuk mengatasi masalah kebakaran di kawasan tanah gambut itu.

Beliau mahu jabatan berkaitan turut memulakan persiapan segera untuk menghadapi masalah pembakaran terbuka di kawasan rawan kebakaran terutama di Kuala Baram, Tudan dan Permyjaya yang meliputi sebahagian besar kawasan tanah gambut di Miri.

“Mulai semalam (Sabtu), RELA Miri telah menempatka­n beberapa anggotanya di menara tinjau ini (Tudan) untuk memantau dan memberi amaran kepada agensi-agensi yang berkaitan sekiranya ada kegiatan pembakaran terbuka atau insiden kebakaran tanah gambut yang berlaku di kawasan sekitar kawasan ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? CANGGIH: Lee (dua kiri) menunjukka­n dron yang akan digunakan untuk kerja-kerja pengawasan sebagai langkah pencegahan bagi mengatasi masalah kebakaran tanah gambut di Miri, sambil disaksikan Law (dua kanan), Abdul Aziz (tengah) dan yang lain.
CANGGIH: Lee (dua kiri) menunjukka­n dron yang akan digunakan untuk kerja-kerja pengawasan sebagai langkah pencegahan bagi mengatasi masalah kebakaran tanah gambut di Miri, sambil disaksikan Law (dua kanan), Abdul Aziz (tengah) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia