Utusan Borneo (Sarawak)

PSG BENAM DIJON, BERI LILLE TEKANAN

Kelab kendalian Pochettino membelasah kelab tercorot itu selepas bangkit dari kekalahan kepada Monaco minggu lepas

-

“Saya berasa sangat bangga. Kami adalah pemain profesiona­l dan ia adalah penting untuk kami kembali di ” landasan kemenangan.

Mauricio Pochettino

Ketua Jurulatih Paris Saint-Germain

PARIS: Kylian Mbappe menjaringk­an dua gol untuk menambah koleksi 18 gol dalam Ligue 1 Perancis musim ini ketika Paris Saint Germain (PSG) membelasah kelab tercorot, Dijon 4-0 pada Sabtu, sekali gus memberikan tekanan ke atas pendahulu liga, Lille, dalam saingan kejuaraan liga.

Moise Kean dan Danilo Pereira adalah dua lagi penjaring gol untuk skuad kendalian Mauricio Pochettino, yang bangkit dari kekalahan 0-2 kepada Monaco minggu lepas dan naik ke tangga kedua liga, satu mata di belakang Lille.

Lille bermain lewat menentang Strasbourg sementara Lyon kurang dua mata di belakang PSG tetapi boleh kembali memintas ke tangga kedua jika menewaskan Marseille pada perlawanan lewat.

Monaco, di tangga keempat, kurang enam mata dari Lille tetapi boleh melanjutka­n tempoh 12 perlawanan tanpa kalah jika mengelak kekalahan pada perlawanan menentang Brest.

“Saya berasa sangat bangga. Kami adalah pemain profesiona­l dan ia adalah penting untuk kami kembali di landasan kemenangan,” kata Pochettino.

PSG, yang akan bertandang ke Bordeaux pada pertengaha­n minggu, sudah menang tujuh dan tewas dua dari 10 perlawanan liga pertama Pochettino sejak menggalas tugas.

“Pasukan perlu lebih konsistens­i dalam liga,” tambah Pochettino. “Sudah tentu ia tentang mental, tetapi ia juga tentang fizikal, tentang prestasi.”

Mbappe dikawal ketat oleh Monaco sebelum ini tetapi kembali menjaringk­an gol ketika menentang Dijon, yang sudah tewas tujuh perlawanan terakhir mereka.

Mbappe turut menjaringk­an dua gol ketika PSG menewaskan Dijon, juga dengan keputusan 4-0 pada bulan Oktober dan sekarang sudah menjaringk­an 23 gol dalam semua pertanding­an.

Kemenangan itu juga dicapai tanpa kelibat rakan penyerang, Neymar, yang tidak bermain pada perlawanan keempat berturut-turut kerana kecederaan.

Neymar kembali menjalani latihan secara individu hujung minggu lepas tetapi selepas terlepas aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara, beliau tetap diragui dapat diturunkan pada perlawanan kedua menentang Barcelona di Paris pada 10 Mac depan.

Angel Di Maria, Marco Verratti, Mauro Icardi, Leandro Paredes dan Alessandro Florenzi juga tidak beraksi pada perlawanan di Stade Gaston-Gerard kerana kecederaan, selain Juan Bernat yang berada dalam senarai kecederaan jangka panjang.

“Kami mempunyai skuad yang besar dan perlu menunjukka­n bahawa semua orang boleh bersaing tempat,” kata Pochettino.

Kean, pemain pinjaman dari Everton, mengekalka­n tempatnya dalam kesebelasa­n utama dan membuka jaringan seawal minit keenam selepas menerima umpanan Abdou Diallo.

Kean, yang juga menjaringk­an dua gol pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, kini sudah menjaringk­an 15 gol untuk PSG, yang boleh meyakinkan mereka untuk menukar kontrak pinjaman kepada kontrak tetap pada akhir musim ini.

Mbappe menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-32 apabila menyempurn­akan penalti selepas bola terkena tangan Bersant Cellina.

Julian Draxler ada menambah jaringan tetapi gol itu tidak dibenarkan kerana ofsaid sebelum Mbappe menjaringk­an gol kedua peribadi dan ketiga perlawanan dari satu umpanan Rafinha.

Danilo, pemain pinjaman dari Porto, melengkapk­an jaringan pada lewat permainan untuk gol pertamanya dalam bola sepak Perancis. Pada perlawanan lain, Metz menang 2-1 di Bordeaux hasil gol minit akhir Vagner Dias Goncalvez. Kemenangan meletakkan Metz di tangga kelima liga, satu kedudukan untuk kelayakan ke bola sepak Eropah.

 ??  ??
 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Danilo Pereira (tengah) bersaing dengan pemain tengah Dijon Eric Junior Dina-Ebimbe (kanan) pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Dijon dan PSG di stadium Gaston Gerard di Dijon, Perancis, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Danilo Pereira (tengah) bersaing dengan pemain tengah Dijon Eric Junior Dina-Ebimbe (kanan) pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Dijon dan PSG di stadium Gaston Gerard di Dijon, Perancis, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia