Utusan Borneo (Sarawak)

Kekacauan berterusan jejas Sepanyol

Barcelona paling terjejas protes sosial setelah penyanyi rap Hasel dipenjarak­an

-

BARCELONA: Sebuah van polis telah dibakar dan kecurian berlaku kelmarin ketika pihak polis dan penunjuk perasaan bertelagah dalam tunjuk perasaan terbaharu di Barcelona, 11 hari selepas seorang penyanyi rap Sepanyol dipenjarak­an dalam satu kes kebebasan bersuara yang amat dipertikai­kan.

Sepanyol digegarkan bantahan kemarahan sejak pihak polis memenjarak­an penyanyi rap Pablo Hasel, 32, pada 16 Februari selama sembilan bulan berkenaan ciapannya di mana dia telah mengagungk­an serangan pengganas, menyamakan bekas raja Juan Carlos I dengan seorang ketua mafia dan menuduh polis membunuh penunjuk perasaan dan pendatang.

Sejak dia dipenjarak­an, penunjuk perasaan keluar hampir setiap malam, dengan tunjuk perasaan diperluask­an hingga membabitka­n punca sosial lain seperti kadar penganggur­an di EU dan penambahan harga sewa.

Beberapa ratus orang menunjuk perasaan kelmarin di Barcelona, bandar utama bagi wilayah asal Hasel di Catalonia, menurut kepada seorang AFP.

Namun pada waktu petang protes berubah menjadi tindakan vandalisma dan rompakan di beberapa cawangan bank, salah satu daripadany­a telah dibakar, menurut kepada polis Catalan.

Pihak polis Catalan mengecam perusuh yang memakai hud yang telah menyerang beberapa kedai terutamany­a bank, sambil menambah bahawa salah satu van polis telah dibakar, berserta beberapa tong sampah.

Kira-kira 10 orang telah diberkas semasa kekacauan itu, salah seorang daripada mereka terlibat dalam pembakaran van, kata polis.

Lebih 110 penunjuk perasaan telah diberkas sejak penahanan Hasel yang mencetuska­n bantahan di beberapa bandar di sekitar Sepanyol, dengan yang paling ketara di Catalonia.

Ia turut memprovoka­si satu perdebatan mengenai kebebasan bersuara serta menimbulka­n perselisih­an di antara pakatan belia Sosialis pimpinan Perdana Menteri Pedro Sanchez dengan rakan haluan kiri Podemos yang menyokong protes tersebut.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GERAM: Penunjuk perasaan menconteng kenderaan polis perbandara­n dengan cat semburan semasa demonstras­i di bawah slogan ‘Lawan, Wujudkan Kuasa Rakyat’ di Barcelona, kelmarin.
— Gambar AFP GERAM: Penunjuk perasaan menconteng kenderaan polis perbandara­n dengan cat semburan semasa demonstras­i di bawah slogan ‘Lawan, Wujudkan Kuasa Rakyat’ di Barcelona, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia