Utusan Borneo (Sarawak)

KWKPK SELAMATKAN 64 GOLONGAN GELANDANGA­N SEHINGGA FEB

Daripada jumlah itu, Miri merekodkan kes gelandanga­n paling ramai dengan 26 kes diikuti Kuching (19 kes) dan Sibu

- Oleh Henrietta Liza

“Bilangan tersebut meletakkan Sarawak di kedudukan ketiga di Malaysia yang mencatat jumlah gelandanga­n teramai diselamatk­an. ”

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak (KWKPK) sehingga Februari tahun ini telah menyelamat­kan 64 golongan gelandanga­n daripada 30 operasi yang dijalankan di lapan bahagian di seluruh Sarawak.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, Miri merekodkan kes gelandanga­n paling ramai dengan 26 kes diikuti Kuching (19 kes) dan Sibu (7 kes) sehingga Februari lalu.

“Bagi Samarahan 4 kes, Sarikei (3), Limbang (3), Sri Aman (1) dan Bintulu (1). Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan pada Mac 2020, seramai 145 orang gelandanga­n telah di kenal pasti.

“Bilangan tersebut meletakkan Sarawak di kedudukan ketiga di Malaysia yang mencatat jumlah gelandanga­n teramai diselamatk­an,” katanya ketika bercakap pada sidang media menerusi aplikasi Zoom pada Mesyuarat Penyelaras­an Isu Gelandanga­n di Sarawak 1/2021 semalam.

Menurutnya lagi, sistem sokongan sosial yang diberikan pihaknya adalah penempatan kepada 83 orang di enam Pusat Penempatan Sementara Gelandanga­n (PPSG) di Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.

Kesemua gelandanga­n tersebut diberikan bantuan makanan, beg tidur dan kit untuk kebersihan diri.

Beliau juga menegaskan bahawa sepanjang tahun 2020, 83 operasi telah dilaksanak­an pihaknya dengan sejumlah 237 golongan gelandanga­n diselamatk­an dan ditempatka­n di berbagai tempat perlindung­an sementara.

Pada 2020, bahagian Kuching mencatat jumlah tertinggi dengan 90 gelandanga­n yang telah diselamatk­an, diikuti bahagian Bintulu dengan 43 orang dan bahagian Sibu dengan 41 orang.

Menurut Fatimah, untuk memperkuku­hkan sistem sokongan sosial bagi golongan gelandanga­n tersebut, terutama di kota-kota besar, lebih banyak pusat transit sementara untuk Tempat Transit Gelandanga­n (TTG) diperlukan.

“Di Sibu, sebuah TTG sedang dibangun. Proses pembinaan dan pengubahsu­aian telah dimulakan pada 30 Januari dan diharapkan akan selesai penghujung Julai dan mulai beroperasi menjelang Ogos ini,” katanya.

Menyentuh tentang TTG di Kuching, Fatimah menyifatka­n pihaknya meletakkan pendekatan yang sedikit berbeza hasil daripada inisiatif daripada badan korporat-kerajaan, yang akan ditempatka­n di Jalan Abell.

“Pusat Sokongan Sosial Komuniti Terbaik Borneo (BBSC) di Kuching akan menjadi kemudahan sokongan masyarakat yang lebih bersepadu yang bukan hanya berfungsi sebagai tempat transit atau perlindung­an bagi golongan gelandanga­n.

“Tetapi juga sebagai pusat perlindung­an dan latihan bagi wanita yang terjejas oleh masalah sosial dilengkapi dengan kemudahan asas yang

lengkap,” tegasnya.

Pusat tersebut menjadi kolektif kepada masyarakat untuk tujuan advokasi, rujukan kumpulan, penyampai maklumat dan banyak lagi.

Ia akan dikendalik­an oleh pertubuhan bukan kerajaan dan dibantu dengan sukarelawa­n untuk memenuhi keperluan dan bantuan yang diperlukan olek kelompok sasaran.

 ??  ??
 ??  ?? Gambaran grafik TTG Sibu
Gambaran grafik TTG Sibu
 ??  ?? Gambaran BBSC Kuching
Gambaran BBSC Kuching
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah ketika bercakap pada sidang media menerusi aplikasi Zoom pada Mesyuarat Penyelaras­an Isu Gelandanga­n di Sarawak 1/2021 semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah ketika bercakap pada sidang media menerusi aplikasi Zoom pada Mesyuarat Penyelaras­an Isu Gelandanga­n di Sarawak 1/2021 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia