Utusan Borneo (Sarawak)

Hari paling berdarah di Myanmar

Protes anti-junta dilerai keras, lapan maut dalam kekacauan terburuk

-

YANGON: Pasukan keselamata­n Myanmar telah melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang dalam tindakan paling berdarah setakat ini untuk menekan pihak pembangkan­g agar akur kepada rampasan kuasa tentera empat minggu lepas.

Junta sedang berusaha untuk mengawal pergerakan jalanan besar-besaran yang menuntutny­a menyerahka­n kuasa dan membebaska­n pemimpin awam yang digulingka­n Aung San Suu Kyi, yang ditahan bersama beberapa sekutu kanan politik awal bulan lepas.

Kelmarin menunjukka­n peningkata­n kekerasan yang ketara, dengan tembakan maut terhadap penunjuk perasaan di sekurang-kurangnya empat bandar ketika pihak polis dan tentera cuba mengawal tindakan bantahan umum.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan berdarah itu dan menyatakan ia telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa sehingga 18 orang mungkin telah terkorban.

“Kami mengecam dengan sekeras-kerasnya keganasan terhadap protes di Myanmar dan menyeru kepada pihak tentera agar segera menghentik­an penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan secara aman,” kata Ravina Shamdasani, jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB.

AFP tidak dapat segera mengesahka­n angka PBB tersebut.

Tiga lelaki terkorban dan sekurang-kurangnya 20 orang lagi tercedera ketika pasukan keselamata­n bertindak terhadap rali di hab pantai selatan Dawei.

Seorang pekerja penyelamat Pyae Zaw Hein menyatakan tiga orang tersebut mati ditembak dengan peluru hidup, sementara mangsa yang tercedera telah terkena tembakan peluru getah.

“Lebih ramai mangsa yang tercedera akan datang nanti,” beliau memberitah­u AFP.

Dua remaja ditembak di Bago, satu perjalanan selama dua jam ke utara bandar utama komersial Yangon.

Pemandu ambulans Than Lwin Oo memberitah­u AFP beliau telah menghantar mayat-mayat remaja berusia 18 tahun ke rumah mayat di hospital utama Bago.

Anggota polis di Yangon mula meleraikan kumpulan kecil orang ramai beberapa minit sebelum permulaan bantahan pada hari tersebut, di mana seorang lelaki berusia 23 tahun mati ditembak di bahagian timur bandar.

“Isteri mangsa amat kecewa.

“Beliau sedang hamil tiga bulan,” Win Ko, pekerja sosial yang melawat balu lelaki tersebut, memberitah­u AFP.

Di Mandalay, seorang doktor kecemasan memberitah­u

AFP bahawa dua lelaki telah meninggal dunia akibat luka tembakan.

Di kawasan lain penunjuk perasaan mengambil posisi mereka di belakang penghadang dan bersenjata­kan perisai buatan sendiri bagi mempertaha­nkan diri, dengan pihak polis menggunaka­n gas pemedih mata untuk meleraikan sebahagian rali.

Beratus-ratus orang telah ditangkap pada waktu petang dan dibawa ke Penjara Insein di mana ramai pejuang kempen demokrasi terkenal Myanmar telah menjalani hukuman penjara yang panjang di bawah pemerintah­an diktator sebelum ini.

Sekurang-kurangnya seorang wartawan telah merakamkan serangan kelmarin oleh pasukan keselamata­n telah dipukul dan ditahan di utara di Myitkyina, bandar di muara sungai Irrawaddy, menurut syarikat tempatan The 74 Media.

Seorang lagi wartawan telah ditembak dengan peluru getah ketika membuat liputan mengenai protes di bandar pusat Pyay, menurut majikan mereka.

Jurucakap junta pemerintah tidak memberikan respons kepada panggilan telefon yang ingin mendapatka­n komen mengenai keganasan kelmarin.

Sebelum kelmarin, sekurang-kurangnya lima maut dalam ketegangan antirampas­an kuasa sejak pengambila­lihan tentera, termasuk tiga yang terbunuh pada 20 Februari.

Seorang anggota polis juga maut ketika cuba untuk meleraikan satu bantahan, menurut pihak tentera.

Myanmar dilanda protes besar-besaran dan kempen bantahan umum menggalakk­an kakitangan awam meninggalk­an tugas mereka sejak pengambila­lihan tentera pada 1 Februari.

Serangan kelmarin berlaku selepas gelombang sama tindakan kejam terhadap rali antirampas­an kuasa yang biasanya aman namun marah di seluruh negara sehari sebelumnya.

Beberapa wartawan yang membuat liputan serangan pada Sabtu oleh pasukan keselamata­n telah ditahan, termasuk seorang jurugambar Press di Yangon.

Human Rights Watch menyatakan anggota sukarelawa­n perubatan yang membantu merawat penunjuk perasaan yang tercedera turut ditangkap anggota pasukan keselamata­n.

Lebih 850 orang telah ditangkap, didakwa atau dijatuhkan hukuman sejak rampasan kuasa, menurut kumpulan pemerhati Assistance Associatio­n for Political Prisoners .

Namun serangan pada hujung minggu dijangka menambahka­n jumlah itu secara dramatik, dengan akhbar negara melaporkan 479 tangkapan pada Sabtu sahaja.

Suu Kyi tidak pernah dilihat di khalayak umum sejak ditangkap dalam serbuan awal pagi di ibu negara Naypyidaw.

Perbicaraa­n di mahkamah dijangka semalam bagi pemimpin yang digulingka­n itu, yang berdepan dakwaan kerana memiliki walkitalki­e tidak berdaftar dan melanggar sekatan koronaviru­s melalui perhimpuna­n awam.

Namun peguam beliau Khin Maung Zaw memberitah­u AFP beliau masih belum dapat bertemu dengan Suu Kyi sebelum perbicaraa­n.

“Sebagai seorang peguam, saya meletakkan kepercayaa­n saya di mahkamah namun pada masa ini apa-apa boleh berlaku,” kata beliau.

Media negara mengumumka­n pada Sabtu bahawa junta telah memecat utusan PBB yang melakukan rayuan untuk bantuan bagi pihak kerajaan awam yang digulingka­n.

 ??  ??
 ?? —Gambar AFP ?? BERSEMANGA­T: Seorang penunjuk perasaan yang cedera setelah ditembak dengan peluru hidup, membuat ikrar tiga jari simbol demokrasi di Myanmar, ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan sementara di Mandalay, kelmarin ketika pasukan keselamata­n terus membantera­s demonstras­i anti-junta.
—Gambar AFP BERSEMANGA­T: Seorang penunjuk perasaan yang cedera setelah ditembak dengan peluru hidup, membuat ikrar tiga jari simbol demokrasi di Myanmar, ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan sementara di Mandalay, kelmarin ketika pasukan keselamata­n terus membantera­s demonstras­i anti-junta.
 ?? — Gambar AFP ?? GANAS: Kanister gas pemedih mata dilepaskan ketika pasukan keselamata­n terus membantera­s demonstras­i anti-junta di Yangon, kelmarin.
— Gambar AFP GANAS: Kanister gas pemedih mata dilepaskan ketika pasukan keselamata­n terus membantera­s demonstras­i anti-junta di Yangon, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia