Utusan Borneo (Sarawak)

Filem Korea ‘Minari’ rangkul Filem Asing Terbaik Golden Globes

-

FILEM drama ‘Minari’ berkisar mengenai keluarga pendatang Korea-Amerika dinobatkan filem bahasa asing terbaik di Anugerah Golden Globe Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

Filem itu menewaskan ‘Another Round’ dari

Denmark, ‘La Llorona’ (Guatemala), ‘The Life Ahead’ (Itali) dan ‘Two of Us’ (Perancis).

Ini adalah tahun kedua berturut-turut filem berbahasa Korea memenangi penghargaa­n Hollywood Foreign Press Associatio­n (HFPA), selepas ‘Parasite’ arahan Bong Joon-ho memenangi Oscar, tahun lalu.

‘Minari’, ditulis dan diarahkan pengarah Korea-Amerika, menceritak­an kisah keluarga pendatang Korea yang berpindah ke Arkansas pada 1980an dan mengusahak­an ladang untuk mengejar impian mereka.

Sejak muncul di festival filem Sundance tahun lalu, filem semi-autobiogra­fi Chung itu telah mencuri perhatian dan mampu memberi saingan pada Anugerah Akademi yang dijadual pada April depan.

Sepanjang tahun lalu, ia telah merangkul beberapa gelaran dan pencalonan dari anugerah filem AS, termasuk muzik terbaik, pelakon terbaik dan pelakon pembantu terbaik dalam anugerah Screen Actors Guild.

‘Minari’ turut mencetus kontrovers­i di AS, kerana HFPA mencalonka­nnya dalam kategori filem bahasa asing terbaik, bukan dalam filem terbaik, dengan alasan kebanyakan dialognya ditutur dalam bahasa Korea.

Ramai dalam kalangan orang hiburan AS berbangsa KoreaAmeri­ka dan Asia mempertika­ikan keputusan itu, dengan mengatakan bahawa ‘Minari’ adalah mengenai keluarga Amerika yang dihasilkan oleh pengarah dan syarikat produksi AS. —

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP/NBCUnivers­al ?? MENANG: Gambar ihsan yang dikeluarka­n oleh NBCUnivers­al ini menunjukka­n Gal Gadot menyampaik­an anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik kepada ‘Minari’ menerusi video kepada Lee Isaac Chung (di skrin) semasa Anugerah Golden Globe ke-78 pada 28 Februari lepas. Filem yang dibintangi oleh Steven Yeun (gambar kanan) itu menceritak­an kisah keluarga pendatang Korea yang berpindah ke Arkansas pada 1980-an untuk mengejar impian mereka.
— Gambar AFP/NBCUnivers­al MENANG: Gambar ihsan yang dikeluarka­n oleh NBCUnivers­al ini menunjukka­n Gal Gadot menyampaik­an anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik kepada ‘Minari’ menerusi video kepada Lee Isaac Chung (di skrin) semasa Anugerah Golden Globe ke-78 pada 28 Februari lepas. Filem yang dibintangi oleh Steven Yeun (gambar kanan) itu menceritak­an kisah keluarga pendatang Korea yang berpindah ke Arkansas pada 1980-an untuk mengejar impian mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia