Utusan Borneo (Sarawak)

PADAM KEBAKARAN HUTAN

JBPM Sarawak bersedia hadapi sebarang insiden kebakaran hutan semasa musim kemarau ini.

-

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bersiap sedia menghadapi sebarang insiden kebakaran hutan semasa musim kemarau ini.

Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman berkata, menara tinjau mula dibuka dan kawalan masuk kawasan hutan yang mudah terbakar turut dipertingk­atkan.

Jelasnya, kawasan di utara Sarawak seperti Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas juga diberi pertimbang­an dari segi rondaan dan tinjauan udara oleh agensi-agensi yang bertanggun­gjawab dan akan sentiasa diselarask­an.

"Peralihan Monsun Timur Laut pada akhir Februari dan permulaan musim panas bulan Mac hingga awal Mei akan menyaksika­n cuaca panas dan angin dari laut pada siang hari dan keadaan kering ini akan menyebabka­n kawasan semak kering dan mudah terbakar jika ‘diganggu’.

"Bagaimanap­un perkara ini perlu dipantau oleh pihak berkuasa tempatan, syarikatsy­arikat ladang besar dan individu yang mula bercucuk tanam," katanya dalam kenyataan semalam.

Tegas beliau, daripada kajian dan analisis yang dibuat pada akhir 2020 mendapati, kes-kes kebakaran hutan disebabkan faktor manusia sendiri.

"Pada tahun lepas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPD, PKPB dan PKPP dilaksanak­an kes dan kejadian kebakaran semak dan hutan kecil tidak berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau memberitah­u bahawa JBPM Sarawak akan mengadakan rondaan berkala ke kawasan 'panas', memberi nasihat kepada pekebun dan peladang serta koordinasi bersama agensi-agensi penting seperi Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak.

Selain itu, Khirudin berkata pemantauan melalui media sosial turut dilakukan untuk memberi respons segera sekiranya berlaku kebakaran hutan dan belukar.

"Pada kesempatan ini, saya menyeru dan mengesyork­an agar komuniti melaksanak­an tanggungja­wab positif bersama dalam mengelak pembakaran terbuka atau pembakaran yang disengajak­an.

"Sekiranya berhasrat melakukan pembakaran, ia haruslah mematuhi peraturan seperti bagi individu dan pekebun kecil lakukan dalam kuantiti kecil dan dikawal dengan kepungan parit atau sediakan sumber pemadaman dan mendapatka­n bimbingan, nasihat dan kelulusan daripada agensi bertanggun­gjawab," ujarnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia