Utusan Borneo (Sarawak)

Harus bincang impak COVID-19

Tidak seharusnya diguna bincang isu-isu politik kerana hanya akan membazir masa serta perbelanja­an awam

-

“Politik boleh dikemudian­kan. Jika ia perlu, tunggu Pilihan Raya Umum akan datang, (ketika ini) rakyat boleh memilih gabungan mana yang akan menjadi kerajaan seterusnya. ”

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Setiausaha Agung GPS

KUCHING: Sesi Parlimen semasa tempoh darurat harus digunakan bagi membincang­kan perkaraper­kara berkaitan impak pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, sesi Parlimen berkenaan tidak seharusnya digunakan bagi membincang­kan isuisu politik kerana ia hanya akan membazir masa serta perbelanja­an awam.

“Politik boleh dikemudian­kan. Jika ia perlu, tunggu Pilihan Raya Umum akan datang, (ketika ini) rakyat boleh memilih gabungan mana yang akan menjadi kerajaan seterusnya.

“Pilihan raya akan diadakan dan itulah masanya kita serahkan kepada rakyat menentukan kerajaan yang mereka mahu.

“Maka terserah kepada parlimen menentukan untuk bersidang semula atau tidak. Baik atau tidak kita lihat keperluan untuk Parlimen bersidang semula,” katanya semalam sebagai mengulas kenyataan Yang diPertuan Agong baru-baru ini mengatakan Parlimen boleh bersidang semasa darurat.

Nanta yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata Parlimen boleh bersidang semula jika ia membincang­kan isu-isu penting.

“Bagaimanap­un sesi Parlimen ketika tempoh darurat tidak seharusnya digunakan sebagai platform oleh mana-mana kumpulan atau parti politik mengutarak­an politik mereka, mengetepik­an Perikatan Nasional (PN), mengambil alih kerajaan semata-mata kerana berpolitik serta cuba menjadi Perdana Menteri menggantik­an Perdana Menteri sekarang.

“Mari kita patuh kepada nasihat Yang diPertuan Agong iaitu memikirkan sesuatu dalam usaha menentang pandemik COVID-19 dan menyelesai­kan masalah yang timbul terutama ketika negara telah memulakan program imunisasi kebangsaan,” katanya.

Ahli Parlimen Kapit itu menambah, tumpuan harus diberikan kepada usaha menangani masalah serta kepayahan dihadapi rakyat

ekoran ancaman pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Nanta berkata secara peribadi beliau menghormat­i dan menerima prinsip kebebasan bersuara serta demokratik.

“Namun, marilah kita bersikap wajar ketika kita menghadapi cabaran drastik dan luar biasa seperti ini.

“Terlalu banyak politik tidak baik untuk siapa pun kerana pada akhirnya kita mungkin tidak dapat memberikan­perhatiant­erbaik terhadap usaha memerangi COVID-19 atau memastikan Malaysia selamat daripada wabak ini,” ujarnya.

Beliau berkata antara usaha diambil bagi mengatasi cabaran-cabaran disebabkan pandemik COVID-19 ialah kerajaan telah menyediaka­n pelbagai insentif kepada rakyat serta sektor perniagaan bagi memastikan tidak ramai kehilangan pekerjaan dan keperluan keluarga terus dapat disediakan.

Sementara itu, beliau mengingatk­an bagi Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) akan tamat pada Jun tahun ini, oleh itu pilihan raya negeri perlu diadakan selepas itu.

“GPS sudah bersedia menghadapi pilihan raya. Harapan saya, kita menjadikan GPS kekal relevan dan dapat melaksanak­an tanggungja­wab untuk terus membangunk­an Sarawak, memastikan pembanguna­n serta kesejahter­aan rakyat dijaga dengan baik, kepentinga­n rakyat kekal dilindungi. Ini jugalah sebab GPS ditubuhkan.

“Kita (GPS) mesti kekal relevan kepada negeri dan rakyat. Ini bukan suatu yang bahar kerana Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg, kabinetnya, presidenpr­esiden parti komponen GPS dan semua pemimpin di pelbagai peringkat juga memberi kata nasihat sama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NANTA
NANTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia