Utusan Borneo (Sarawak)

MUSTAHIL PBB BERTANDING DI KERUSI BAWANG ASSAN

-

SIBU: Adalah sesuatu yang mustahil untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding di kerusi Bawang Assan pada Pilihan Raya Negeri yang dijangka diadakan tahun ini, kata Naib Presiden PBB Dr Annuar Rapaee.

Dr Annuar berkata, beliau ada mendengar mengenai spekulasi tersebut namun menolaknya kerana Bawang Assan sentiasa menjadi milik Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

“Bawang Assan secara tradisinya merupakan kerusi SUPP bahkan sebelum Dato Sri (Wong Soon Koh) menjadi ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) ia sentiasa milik SUPP.

“Untuk PBB bertanding di kerusi ini seperti tidak mungkin akan berlaku kerana kami di Gabungan Parti Sarawak (GPS) selalu mempunyai perkongsia­n kuasa dan kami saling menghormat­i antara satu sama lain.

“Oleh itu, dakwaan seseorang bahawa dirinya sah bakal calon yang akan bertanding di Bawang Assan pada pilihan raya akan datang adalah tidak benar,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai spekulasi tersebut.

Beliau berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi pihak tertentuin­gin menjadi calon ketika pilihan raya menjelang.

“Di Sibu, PBB hanya memiliki Nangka secara tradisiona­l.

“Dengan kata lain, kami selalu bekerjasam­a di antara GPS,” katanya.

Wong yang merupakan ADUN Bawang Assan sejak 1991, memenangi kerusi tersebut menerusi tiket SUPP pada 1991.

Berikutan pergolakan kepimpinan, bekas anggota kabinet negeri itu keluar daripada parti itu pada 2014 dan menubuhkan Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang dijenamaka­n semula sebagai PSB pada 2019.

Wong kini menjadi presiden PSB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia