Utusan Borneo (Sarawak)

HOSPITAL SIBU TERIMA PERALATAN PERUBATAN DARIPADA KTS-BLD FOUNDATION

-

SIBU: Hospital Sibu menerima peralatan perubatan bernilai RM343,500 daripada KTS-BLD Foundation.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Datuk Vincent Lau menyerahka­n sumbangan tersebut kepada Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakuma­r Thirunavuk­karasu di Dewan Rejang, Hospital Sibu semalam.

Antara peralatan perubatan disumbangk­an adalah 10 unit Enteral Feeding Pump dan beg makan, 10 unit Syringe Pump, 10 unit Infusion Pump, lapan unit GE B105 Patient Monitor dan empat unit Fisher, Paykel PT101UK AIRVO2 Humidifier dengan penjana aliran bersepadu.

Penyerahan sumbangan disaksikan Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Annuar Rapaee, Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Bukit Assek Irene Chang, ADUN Pelawan David Wong dan Pakar Pediatrik Hospital Sibu Dr Toh Teck Hock.

Dr Nanthakuma­r berkata, ini adalah salah satu sumbangan paling banyak diterima hospital itu daripada sebuah syarikat dan memastikan semua yang mereka terima adalah untuk pesakit.

“Sekarang ini, sumber kita semakin berkurang. Apa yang berlaku ialah Hospital Sibu menampung bahagian lebih besar. Pesakit dari Kapit, Bet ong, Mukah dan Daro misalnya mereka dihantar ke hospital kami.

“Jadi, kita memerlukan lebih banyak peralatan dan jika kita tidak memiliki peralatan diperlukan ia boleh menyebabka­n kerumitan atau kematian. Oleh itu, kita perlu mengelakka­nnya,” katanya pada majlis itu.

Beliau berkata, walaupun masih terdapat kekurangan di Hospital Sibu, banyak peningkata­n dari segi kemudahan telah dilakukan. Banyak peralatan ditambah memenuhi keperluan pesakit terutama COVID-19.

Dr Nanthakuma­r mendedahka­n setakat ini Hospital Sibu memiliki tiga Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua memenuhi keperluan pesakit COVID-19 (31 katil) dan satu ICU untuk pesakit bukan COVID-19 (17 tempat tidur).

Beliau mengatakan walaupun jumlah pesakit meningkat sepanjang masa namun beliau yakin hospital itu dapat mengatasin­ya.

“Kami memulihkan sekitar 3,000 pesakit COVID-19, sekarang kami mempunyai sekitar 600 pesakit di hospital dan sekitar 600 pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah.

“Ya, kita dapat melihat trendnya meningkat tetapi saya cukup yakin bahawa kita dapat menangani kes ini,” katanya sambil menambah, bantuan kerajaan juga membantu pihak hospital mengatasi masalah itu.

Beliau juga berharap agar sumbangan tersebut dapat diteruskan.

Sementara itu, Dr Annuar mengatakan beliau memeriksa barang-barang tersebut dan mengadakan perbincang­an dengan Dr Nanthakuma­r melihat apa masih diperlukan untuk memenuhi keperluan pesakit COVID-19.

“Saya berterima kasih kepada Yayasan KTS kerana mendermaka­n mesin-mesin ini, ada peralatan memantau pesakit, ini sangat penting kerana keadaan pesakit COVID-19 berisiko merosot dengan sangat cepat, mereka perlu dipantau dengan rapi terutama yang mengalami gejala. Jadi, semua barang ini adalah untuk tujuan itu,” katanya.

Sementara itu, Lau berkata Yayasan KTS gembira dapat membantu Hospital Sibu dari segi penyediaan beberapa peralatan untuk mengurangk­an kekurangan di hospital tersebut.

“Walaupun jumlahnya cukup besar, kami berasa perlu membantu. Sebagai sebuah organisasi perniagaan, kami juga memberi banyak penekanan kepada tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Saya harap apa yang kita lakukan sekarang juga menjadi contoh kepada orang lain bagi melahirkan lebih ramai masyarakat penyayang di Sibu,” katanya.

Beliau juga berharap agar kerajaan memberikan kemudahan yang diperlukan oleh Hospital Sibu.

“Petugas barisan hadapan bekerja tanpa lelah memastikan keadaan terkawal dan mereka adalah pihak yang harus kita hargai dan kita juga perlu memainkan peranan masingmasi­ng,” jelasnya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Dr Nanthakuma­r (enam kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Lau atas sumbangan itu
sementara Dr Toh (kiri), (tiga dari kiri) David, Chang, Wong, (dari kanan) Robert dan Dr Annuar turut sama.
SUMBANGAN: Dr Nanthakuma­r (enam kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Lau atas sumbangan itu sementara Dr Toh (kiri), (tiga dari kiri) David, Chang, Wong, (dari kanan) Robert dan Dr Annuar turut sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia