Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n ‘Black Hole’ diteruskan, bekas wartawan dipanggil memberi keterangan

-

KUCHING: Perbicaraa­n kes ‘Black Hole’ membabitka­n Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak (plaintif) serta Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen (defendan) diteruskan semalam dengan memanggil bekas wartawan untuk memberikan keterangan.

Saksi Joseph Tawie, 74, telah menulis artikel bertajuk “Taib under fire over ‘missing RM11bil’” menggunaka­n nama penanya, ketika beliau masih bekerja sebagai penulis portal berita dalam talian (Malaysiaki­ni).

Sehubungan itu, beliau disoal oleh pihak plaintif dan defendan berhubung artikel tersebut dalam perbicaraa­n kes semalam.

Semasa pemeriksaa­n balas dengan Chong, Joseph menerangka­n kepada mahkamah bahawa artikel tersebut ditulis berdasarka­n risalah berhubung RM11 bilion wang kerajaan lesap dalam ‘black hole’.

Beliau turut menyatakan yang risalah tersebut diedarkan oleh Chong semasa sidang media pada 2 Januari 2013.

Chong dalam pada itu menyoal Joseph sekiranya beliau menghubung­i bekas Ketua Menteri pada ketika itu iaitu Yang di-Pertua

Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebelum menulis artikel berkenaan bagi menjelaska­n isu yang dibangkitk­an dalam risalah tersebut.

Joseph menjawab ringkas dengan menyatakan tidak.

Chong seterusnya menyoal Joseph sekiranya perbuatan tersebut mencermink­an kewartawan­an yang tidak beretika dan beliau (Joseph) tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Ketika soal balas juga, Chong turut membangkit­kan buku yang ditulis oleh Joseph bertajuk The Broken Shield: The Dayak Dilemma.

Beliau (Chong) memetik beberapa perenggan daripada buku tersebut berhubung pemilik tanah di Sarawak yang harus berurusan dengan Tun Taib mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Justeru apabila Chong menyoal sekiranya Joseph mempunyai sebarang perasaan benci atau tidak suka dengan bekas Ketua Menteri terdahulu, beliau (Joseph) menafikan perkara tersebut.

Jelas Joseph juga, bahagian buku yang disoal Chong dihasil berdasarka­n maklumat yang diberikan kepadanya serta berdasarka­n temu duga yang dibuat.

Perbicaraa­n kes yang berlangsun­g di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai itu akan diteruskan hari ini dengan memanggil setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN)

Sarawak.

Setakat ini, empat saksi plaintif termasuk Joseph telah dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes ini.

Saksi lain adalah wartawan wanita, pembaca harian surat khabar Sin Chew Daily dan bekas Pengarah Pentadbira­n Kewangan bagi Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak.

Pihak plaintif diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong, Pegawai Undang-Undang Negeri Mohamad Adzrul Adzlan, Oliver Chua dan Voon Yan Sin.

ADUN Kota Sentosa itu diwakili peguam Chong Siew Chiang dan pembantu khasnya Michael Kong.

Pada 2013, Chong menggunaka­n istilah ‘black hole’ bagi menyatakan dana RM11 bilion hilang daripada tabung negeri dan kenyataan tersebut seolah-olah memberi makna Kerajaan Negeri dan Lembaga Kewangan telah menyalurka­n berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

Susulan itu, Kerajaan Negeri dan Lembaga Kewangan memfailkan saman fitnah terhadap Chong pada 3 April 2013 di Mahkamah Tinggi Kuching.

 ??  ?? SELESAI: JC Fong keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes semalam.
SELESAI: JC Fong keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes semalam.
 ??  ?? RUJUKAN: Chong menunjukka­n buku yang ditulis oleh saksi (Joseph).
RUJUKAN: Chong menunjukka­n buku yang ditulis oleh saksi (Joseph).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia