Utusan Borneo (Sarawak)

Masuk Malaysia tanpa dokumen sah, lelaki Indonesia dipenjara

-

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Toni, 25, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Steve Ritikos.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 13 Februari lalu, jam 8.20 malam semasa berada di sebuah kedai kopi di Jalan Rock 1, dekat sini.

Berdasarka­n fakta kes, sepasukan polis daripada Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah melakukan pemeriksaa­n terhadap sebuah premis di tempat kejadian.

Pihak polis seterusnya mendapati tertuduh gagal mengemukak­an dokumen perjalanan sah dan semakan daripada Jabatan Imigresen Malaysia mendapati tidak ada maklumat pergerakan terkini mengenai aktiviti keluar atau masuk membabitka­n tertuduh.

Justeru, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) (Pindaan 2002) yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki warga Indonesia didenda RM10,000 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar atas kesalahan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

Hendra Nopiawan, 24, mengaku bersalah mengikut Seksyen 15 (1) (c ) Akta Imigresen 1956/63 yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun atau keduaduany­a sekali.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 21 Januari lalu, jam 3.15 petang di sebuah premis di Buntal Square, Jalan Santubong dekat sini.

Hasil siasatan polis mendapati permit kerja tertuduh telah tamat tempoh pada 17 Ogos 2020.

Tertuduh yang berasal dari Lombok itu tidak diwakili peguam.

Pendakwaan bagi keduadua kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Ilham Kamaruddin.

 ??  ?? TERIMA HUKUMAN: Kedua-dua tertuduh semasa berada di lobi Mahkamah Kuching semalam.
TERIMA HUKUMAN: Kedua-dua tertuduh semasa berada di lobi Mahkamah Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia