Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi ACD dilancarka­n di Zon 7 Tiong Hua mulai esok

-

SIBU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) akan melancarka­n operasi pengesanan kes aktif (ACD) yang disasarkan secara besar-besaran di Zon 7 Tiong Hua mulai esok untuk mengekang penularan COVID-19, kata penyelaras­nya Dr Annuar Rapaee.

Katanya, JPBBS pada masa ini sedang melengkapk­an mekanisme untuk melakukan pemeriksaa­n bagi memastikan semua kes positif dapat dikesan.

“Kami akan memulai ACD yang disasarkan untuk Zona 7 - Tiong Hua pada hari Rabu, setelah mekanisme ini diteliti sepenuhnya.

“Senario di Tiong Hua sangat berbeza dengan tempat lain, sebab itu kami mahu memastikan penduduk di sana diuji.

“Bagi Zon Sentosa, kita mulai hari ini,” kata Menteri Muda Kesihatan Awam itu kepada wartawan selepas melancarka­n Farmasi Pandu Lalu di Klinik Kesihatan Jalan Oya di sini, semalam.

Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Jalan Oya Chang Poh Yin.

Selain itu, Dr Annuar juga menasihati penduduk yang berada di dalam kawasan yang dikenakan sekatan pergerakan, mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi atau mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kes positif COVID-19 agar segera menjalani ujian calitan.

Sementara itu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kelmarin mengatakan bahawa pecahan kes baharu mengikut daerah, Sibu menduduki tempat teratas dengan 33 kes dilaporkan semalam, di mana 22 daripadany­a adalah hasil operasi ACD, 10 hasil pemeriksaa­n sukarela dan satu daripada pesakit yang mengalami gejala.

Skim Petempatan Semula Fasa 2 Sentosa di sini kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dari 27 Februari hingga 12 Mac.

PKPD untuk rumah flat dan Town Villa di Sibujaya akan berakhir pada 4 Mac ini.

 ??  ?? TINJAU: Dr Annuar (tengah) yang diiringi Chang (kiri) dan Siaw (kanan) meninjau Farmasi Pandu Lalu Klinik Kesihatan Jalan Oya yang baharu dilancarka­n semalam.
TINJAU: Dr Annuar (tengah) yang diiringi Chang (kiri) dan Siaw (kanan) meninjau Farmasi Pandu Lalu Klinik Kesihatan Jalan Oya yang baharu dilancarka­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia