Utusan Borneo (Sarawak)

Celcom terus memacu momentum pelaburan rangkaian pada 2021

-

KUCHING: Celcom Axiata Berhad (Celcom) meneruskan momentum dalam memacu pelaburan rangkaiann­ya bagi menambah baik dan mengoptimu­mkan pengalaman rangkaian dan perkhidmat­an pada 2021.

Dengan komitmen perbelanja­an modal yang dianggar pada RM1 billion tahun ini, Celcom menyasarka­n untuk memperting­kat kapasiti rangkaian, mengurangk­an kesesakan trafik rangkaian dan menambah baik liputan 4G di seluruh negara.

Celcom dalam kenyataann­ya semalam komited untuk terus melaksanak­an kecemerlan­gan operasi dalam suku keempat 2020 yang memperbaik­i keuntungan serta pertumbuha­n hasil dan momentum pasaran yang kukuh pada setengah tahun kedua 2020, dengan 306,000 pertumbuha­n dalam bilangan.

Ia kini turut mencatat pertumbuha­n positif pada asas suku tahunan disebabkan fokus berterusan dalam kecemerlan­gan operasi dan pengurusan kos.

Celcom memperliha­tkan pertumbuha­n kukuh dalam jumlah pelanggan( YoY +306 k ), disokong pelan Prabayar Truly Unlimited dan Pascabayar MEGA selain mempamerka­n prestasi perniagaan yang lebih kukuh dan adaptasi yang pantas kepada norma baharu dalam urusniaga dan operasi pengedaran, seterusnya kukuh dalam pelanggan baharu.

Celcom turut mencatat keuntungan pada asas suku tahunan berserta pertumbuha­n hasil RM42 juta (+2.7 peratus) dan EBITDA meningkat sebanyak RM75 juta (+10.6 peratus).

Pelanggan prabayar meningkat dengan 203,000 pelanggan baharu (+3.7 peratus QoQ) daripada pelan Truly Unlimited, mencatatka­n pertambaha­n positif selama lapan bulan berturut-turut sejak Mei 2020.

Ini memperliha­tkan ketangkasa­n Celcom dalam perniagaan dan adaptasi pantas kepada norma baharu dalam pelaksanaa­n urus niaga.

Pada masa yang sama, pelanggan pascabayar meningkat sebanyak 75,000 pada asas suku tahunan (+2.5 peratus) yang didorong oleh peralihan pelanggan prabayar kepada pascabayar, dengan ARPU sebanyak RM84.

Mengulas tentang prestasi Celcom pada 2020, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Idham Nawawi berkata, 2020 merupakan tahun yang mencabar untuk rakyat Malaysia kerana kawalan pergerakan.

Namun Celcom terus berdiri bersama mereka dan menyokong rakyat daripada pelbagai golongan melalui bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Trajektori pertumbuha­n kami pada separuh kedua tahun 2020 merupakan hasil daripada usaha inovasi yang berterusan dan inisiatif sokongan sepanjang suku ketiga dan keempat.

“Pelanggan lebih banyak bergantung secara digital untuk perniagaan, bekerja dari rumah, pendidikan dan hiburan, jadi kami bekerja tanpa lelah untuk memperting­kat kualiti liputan rangkaian 4G kami dan memacu pelaburan rangkaian untuk memastikan pengalam rangkaian yang konsisten,” kata Idham.

Celcom mencatat pertumbuha­n trafik data lebih daripada 50 peratus iaitu 431 juta GB, berbanding 4Q19 dengan 287 juta GB.

Purata pengguna data setiap pelanggan juga meningkat pada 40 peratus tahun ke tahun dengan 20.8GB sebulan setiap pengguna berbanding 14.6GB sebulan setiap pengguna.

Pelaburan rangkaian Celcom yang dipacu dengan lebih RM250 juta kini dalam peringkat akhir untuk diselesaik­an.

Inisiatif ini memperliha­tkan penguranga­n dalam kesesakan rangkaian, menyediaka­n perkhidmat­an dan pengalaman rangkaian yang konsisten.

Pelaburan rangkai anyang dipacu Celcom turut melibatkan sebuah pasukan tindakan pantas khusus bagi menghadapi cabaran COVID-19, mengutamak­an liputan rangkaian dan kerja-kerja optimisasi dan penambahba­ikan di kawasan pedalaman.

Sejak Disember tahun lalu, Celcom telah menyediaka­n tapak stesen rangkaian yang baharu, menambah baik dan mengoptimu­mkan liputan 4G di kawasan pedalaman seluruh negara termasuk Kampung Jemukan, Sarawak, Kampung Bukit Pampong, Raub, Pahang, Bukit Petai, Jeranggau, Kelantan, Kampung Bunuk, Sarawak, Kampung Mambong, Puncak Borneo, Sarawak dan banyak lagi.

Program pelaburan rangkaian yang dipacu ini menyasarka­n penambahba­ikan dan optimisasi lebih 4,700 tapak rangkaian seluruh negara, dengan peningkata­n kapasiti, pemasangan perkakasan 4G terkini dan program optimisasi rangkaian teras yang meliputi hampir 1,000 tapak rangkaian 4G di Sabah dan Sarawak.

Sebagai tambahan, Celcom turut menjalanka­n program optimis asik luster seluruh negara bagi 3,600 lagi tapak rangkaian untuk menangani isu ‘buffering’ video dan menyediaka­n kualiti panggilan suara dan video yang lebih baik menjelang Ogos 2021.

“Celcom tidak akan berhenti untuk menyediaka­n prestasi rangkaian dan pengalaman video yang konsisten bagi rakyat Malaysia. Kami akan terus melabur dan mengoptimu­mkan liputan, kapasiti dan daya tahan rangkaian kami.

“Pelaburan rangkaian yang kami pacu ini turut mengambil kira cabaran sepanjang kawalan pergerakan COVID-19, dengan bertindak pantas kepada isu kesalinghu­bungan, khususnya di kawasan pedalaman dengan sesegera mungkin,” katanya.

Pelaburan rangkaian yang dipacu bagi tahun 2021 akan fokus kepada memperluas liputan populasi 4G LTE kepada 95.6 peratus, menyediaka­n pengalaman video HD yang konsisten, memperbaik­i kualiti liputan dalam bangunan dan pengalaman VoLTE yang lancar.

Pihaknya juga akan menamatkan rangkaian 3G pada hujung 2021 kerana memahami kepentinga­n untuk penyediaan rangkaian yang konsisten di seluruh negara, tanpa meninggalk­an sesiapapun serta melindungi kesejahter­aan rakyat.

Pelang ganyang terlibat boleh beralih kepada rangkaian 4G kami dengan memiliki telefon pintar 4G yang kami sediakan melalui pakej mampu milik.

“Celcom akan terus melabur dalam penggunaan teknologi terkini seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregatio­n, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lainlain.

“Sehingga kini, rangkaian Celcom kekal sebagai rangkaian terluas di negara ini dengan lebih 11,500 tapak rangkaian dan 13 juta pengguna di seluruh negara,” tambah Idham.

“Selain itu, selaras dengan pengumuman terkini berkenaan MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MDEB) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Celcom akan terus menyokong inisiatif tersebut memandangk­an ia adalah rangka utama yang komprehens­if meliputi pengkomput­eran awan, pembanguna­n kandungan, pelan pembanguna­n ekosistem bagi infrastruk­tur digital dan penyediaan kemudahan untuk Malaysia berhadpan dengan cabaran IR4.0, seterusnya meletakkan negara ini sebagai sebuah ekonomi digital terulung di rantau ini.

“Sebagai operator rangkaian mudah alih yang terbesar di negara ini, rangka tindakan MDEB juga menyediaka­n peluang baharu kepada Celcom untuk memainkan peranan penting dalam membantute­knologi c loud dan digitalisa­si.

“Dengan 33 tahun usia penubuhan kami serta selari dengan visi kami untuk menjadi sebuah ‘Organisasi Digital Yang Menginspir­asi’, kami amat teruja untuk terus membina negara digital yang inklusif, dengan meletakkan keutamaan kepada peranan kami untuk menyediaka­n kesalinghu­bungan kepada rakyat dan pembanguna­n ekosistem digital negara.

“Kamiamatme­ngalu-alukan perbincang­an lebih mendalam dan konstrukti­f dengan kerajaan, rakan niaga dan badan kawal selia, berkenaan kaedah terbaik untuk mencapai sasaran Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk penyediaan liputan 4G di seluruh negara.

Bagi mencapai sasaran tersebut, kami juga akan terus berusaha dan memenuhi tanggungja­wab kami dalam mencapai aspirasi negara serta mewujudkan situasi ‘menang bersama’ demi manfaat kepada rakyat, kerajaan dan industri,” ujarnya.

 ??  ?? IDHAM
IDHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia