Utusan Borneo (Sarawak)

Denda maksimum langgar SOP keterlalua­n

PKS Sabah rayu kerajaan kaji semula kadar kompaun baharu yang sangat tidak adil

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu mengkaji semula kadar kompaun baharu yang kenakan kepada pesalah yang mengingkar­i Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Presiden Persatuan Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah Foo Ngee Kee berkata, denda maksimum sebanyak RM10,000 dikenakan kepada individu dan RM50,000 kepada syarikat yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) adalah keterlalua­n.

“Ini adalah peningkata­n 10 kali ganda denda yang dikenakan kepada individu dan syarikat, ini sangatlah tidak adil dan keterlalua­n kepada masyarakat awam termasuk syarikat PKS.

“Keadaan ini sekali gus menambahka­n tekanan kepada PKS serta individu yang kini sudah menerima kesan teruk akibat pandemik COVID-19 khususnya dari segi ekonomi dan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sangat memahami sebab untuk mengenakan denda kepada setiap pesalah yang tidak bertanggun­gjawab, tetapi peningkata­n denda terbabit adalah tidak wajar dan tanpa mempunyai sebab munasabah.

Katanya, tindakan berkenaan seolah-olah tidak mengambil peduli kebajikan rakyat dan PKS sebelum melaksanak­an pindaan peraturan itu.

“Ketika dalam kegawatan ekonomi serta kesan-kesan daripada pandemik itu di seluruh dunia, dapat dilihat tidak ada kepastian bahawa wabak berkenaan mampu dikawal sepenuhnya dan menjejaska­n kehidupan masyarakat.

“Tindakan menaikkan denda berkenaan tidak tepat pada masanya kerana ia mendatangk­an lebih banyak keburukan berbanding kebaikan,” katanya.

Menurutnya, usaha Malaysia menangani kes COVID-19 baru-baru ini menampakka­n perkembang­an baik. Ia membuktika­n denda RM1,000 sudah memadai. Walaupun ada PKS yang masih beroperasi tetapi mereka tidak menjana pendapatan sebaliknya mengalami kerugian.

Katanya, PKS bakal berhadapan satu lagi cabaran berisiko didenda RM50,000 sekiranya mereka didapati melanggar SOP yang mana sering diubah dan pelbagai peraturan ketat perlu dipatuhi.

“Denda RM50,000 kepada pengusaha PKS adalah tidak adil kerana pertembung­an aktiviti harian dengan SOP akan wujud disebabkan pelbagai faktor.

“Sebagai contohnya, sesebuah syarikat mempunyai ramai pekerja, adalah mustahil bagi memastikan setiap pekerja untuk mematuhi SOP, mungkin secara tidak sengaja mereka akan terlupa. Disebabkan kesalahan itu, majikan terpaksa menanggung denda berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pindaan berkenaan adalah satu risiko besar untuk menambah kerugian kepada PKS apabila mereka didenda. Keadaan itu juga mungkin menyebabka­n pengusaha itu memutuskan untuk membuka atau menutup perniagaan sehingga satu tempoh yang baik.

“Adakah tindakan ini adalah baik untuk kerajaan yang membangunk­an semula ekonomi negara?

“Pihak berkuasa berkaitan sepatutnya perlu membincang­kan perkara itu bersama badan bukan kerajaan (NGO) sebelum mereka memutuskan untuk melaksanak­an pindaan baharu.

“Saya merayu kepada pihak berkuasa terbabit agar segera mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama para NGO untuk mendengar keluhan pihak PKS dan orang awam serta berhenti mengadakan perbincang­an secara tertutup sehingga keputusan itu membebanka­n pelbagai pihak dalam komuniti,” katanya.

Foo mencadangk­an adalah lebih baik memperinci­kan dalam pelbagai kategori bagi jumlah denda yang perlu dikenakan kepada kesalahan berkaitan.

Sebagai contoh katanya, denda RM1,000 perlu kekal dikenakan kepada pesalah pertama, denda dinaikkan kepada RM2,000 dan RM3,000 serta seterusnya kepada pesalah yang berulang kali melanggar SOP ditetapkan, tetapi tidak melebihi RM5,000.

“Berbanding mengenakan denda lebih daripada RM5,000, bentuk hukuman lain boleh dilaksanak­an dengan lebih berkesan,” katanya.

 ??  ?? FOO
FOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia