Utusan Borneo (Sarawak)

JPKK Toboh Baru gerak tenaga bantu petugas banci penduduk

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Ke-selamatan Kampung (JPKK) Kampung Toboh Baru menggerakk­an tenaga untuk membantu proses bancian dari rumah ke rumah.

Pengerusi JPKK Toboh Baru dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan Ronanus Roy Martin berkata, proses pembancian penduduk dan perumahan perlu sokongan kerana dilakukan di seluruh negara.

“Kita difahamkan bancian ini merupakan kali keenam sejak penubuhan Persekutua­n Malaysia pada tahun 1963,” katanya.

Menurutnya, bancian itu perlu disokong untuk mengumpul data penduduk dan perumahan yang lebih lengkap sebagai rujukan kerajaan menanda aras profil kependuduk­an negara.

Ronanus berharap bancian itu mendapat kerjasama kalangan isi rumah untuk memberikan maklumat tepat dan lengkap berkaitan semua soalan yang diajukan pegawai bertugas.

Dalam bancian yang dijalankan di Toboh Baru, Ronanus turut membantu pasukan petugas mengunjung­i rumah ke rumah untuk mendapatka­n maklumat.

 ??  ?? BANCI: Ronanus (tengah) membantu proses bancian di Toboh Baru.
BANCI: Ronanus (tengah) membantu proses bancian di Toboh Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia