Utusan Borneo (Sarawak)

PBSS hulur sumbangan untuk mangsa kebakaran

- Oleh Abd Naddin Shaiddin

KOTA BELUD: Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS) melalui Timbalan Presidenny­a Datuk Haji Musbah Haji Jamli menyampaik­an sumbangan ikhlas untuk meringanka­n beban mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Pirasan barubaru ini.

Sumbangan ikhlas itu diserahkan oleh Pengerusi PBSS Daerah Kota Belud Idris Haji Nanti yang diiringi ahli-ahli PBSS yang lain dan turut diihadiri Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud Madsah Haji Jaragan.

Dalam kejadian itu, rumah mangsa kebakaran Jamlah Atuh dan Lakah Atuh musnah mengakibat­kan mereka kehilangan tempat tinggal dan kini sehelai sepinggang manakala semua barangan dalam rumah tidak dapat diselamatk­an.

Kini mereka bersama keluarga masing-masing tinggal dalam sebuah khemah kanopi yang didirikan sementara menunggu rumah baharu siap dibina.

Sumbangan berupa batubata untuk meringanka­n beban keluarga bagi menyiapkan rumah baharu yang kini dalam pembinaan. Turut disumbangk­an ialah barangan lain seperti makanan asas dan air mineral.

Idris mengharapk­an agar sumbangan yang dihulurkan sekurang-kurangnya dapat meringanka­n beban yang ditanggung oleh keluarga terbabit.

Menurutnya, sebagai pengerusi PBSS Kota Belud, beliau bersama dengan kepimpinan pusat PBSS terutamany­a Timbalan Presiden PBSS Datuk Hj Musbah Jamli akan berusaha sedaya upaya membantu golongan yang ditimpa musibah dan kesusahan.

Tambahan pula bantuan dan sumbangan sedemikian sentiasa disokong dan disambut baik oleh Presiden PBSS Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah.

Sementara itu, mangsa Lakah Atoh ketika ditemui mengucapka­n terima kasih kepada Datuk Musbah selaku Timbalan Presiden PBSS dan PBSS Daerah Kota Belud kerana sentiasa komited dan prihatin membantu menyelesai­kan

masalah dan kebajikan

rakyat.

 ??  ?? DALAM PEMBINAAN: Idris meninjau rumah mangsa yang kini dalam pembinaan.
DALAM PEMBINAAN: Idris meninjau rumah mangsa yang kini dalam pembinaan.
 ??  ?? BERI SUMBANGAN: (Dari kanan) Madsah, Idris, Jamlah dan Lakah.
BERI SUMBANGAN: (Dari kanan) Madsah, Idris, Jamlah dan Lakah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia