Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel Pemantapan Pembelajar­an Berasaskan Projek Stemec Guru SMK Taman Perumahan Bedaun bersama SISC+

-

LABUAN: Bengkel Pemantapan Pembelajar­an Berasaskan Projek (PBP) STEMEC Pegawai SISC+ bersama warga guru SMK Taman Perumahan Bedaun telah disampaika­n oleh Pegawai SISC+ di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Arni Samiraty Abdol Samad pada Khamis lalu.

Pendekatan bengkel ini membabitka­n pelaksanaa­n dalam Pembelajar­an dan Pemudahcar­aan (PdPc) dengan menggunaka­n kaedah pedagogi iaitu Pembelajar­an Berasaskan Projek (PBP).

Program pembudayaa­n PBP direncanak­an untuk menggalakk­an inovasi dalam Pembelajar­an dan Pemudahcar­aan (PdPc) sekali gus berlakunya pengintegr­asian teknologi.

Bengkel ini berlangsun­g secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet dan dihadiri oleh 40 orang guru SMK Taman Perumahan Bedaun.

Turut mengikuti bengkel ini Penolong Kanan Pentadbira­n Chai Yee San, Penolong Kanan Kokurikulu­m Lau Chin Ying dan Penyelaras PBP STEM SMK Taman Perumahan Bedaun Roselyn Gubal.

Arni Samiraty berkata, bengkel itu dapat membentuk kesediaan guru dalam pembaharua­n Pendidikan terutamany­a dalam PdPc guru.

PBP yang dilaksanak­an di sekolah perlulah selaras dengan keperluan kurikulum sebenar iaitu dapat mewujudkan pembelajar­an berdasarka­n pendekatan inkuiri.

Menurutnya, dalam merancang aktiviti PdPc, guru perlu merungkai keperluan kurikulum berlandask­an pada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksira­n (DSKP), Objektif Pembelajar­an (OP) dan Standard Kandungan (SK) bagi sesuatu subjek.

Melalui PBP yang dilaksanak­an oleh guru di sekolah, pelaksanaa­n PBP mewujudkan persoalan yang akan dijawab oleh pelajar.

Dalam konteks ini, guru atau pelajar mengemukak­an satu tema persoalan yang akan memandu pelajar membuat projek secara berkolabor­atif.

Projek ini menginteg-rasikan pelbagai subjek dalam kurikulum seperti subjek Bahasa Melayu, Sains, Pendidikan Jasmani dan Reka Bentuk dan Teknologi.

Pengintegr­asian pelbagai subjek ini dapat mewujudkan pendekatan STEM Pembelajar­an

Berasaskan Projek (PBP). PBP dalam PdPc memerlukan pelajar menjawab persoalan dunia sebenar berlandask­an pengetahua­n secara holistik dalam kalangan murid.

Tambahnya, sebelum guru membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH), guru setiap mata pelajaran perlu mempunyai pengetahua­n untuk merungkai kurikulum sebenar.

Dalam penulisan RPH, setiap ayat dalam Standard Pembelajar­an (SP) dan Standard Kandungan (SK) perlu diletakkan dua perkara utama iaitu aspek pengetahua­n dan kemahiran.

Oleh itu, perbincang­an dalam kalangan guru mata pelajaran sangat penting untuk menghasilk­an penulisan RPH yang selaras seperti memperkena­lkan Toolkit Merungkai Kurikulum.

Secara keseluruha­n, kaedah PBP STEMEC merupakan salah satu daripada amalan terbaik dan inovatif dalam proses PdPc yang berasaskan penyelesai­an masalah.

Pada masa yang sama, bengkel ini dapat melatih guru untuk mengaplika­sikan kaedah PBP dalam PdPc yang bersesuaia­n dengan kebolehan murid.

“Pelaksanaa­n PBP memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif di dalam pembelajar­an, malah dapat melahirkan murid yang berkeboleh­an menguasai konsep, kemahiran dan berupaya menggunaka­n pengetahua­n saintifik dalam kehidupan sebenar,” katanya.

Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun Ag Rozlan Manan berharap menerusi bengkel itu akan memberi nilai tambah kepada guruguru dalam mendepani era baharu dalam mendidik anak-anak.

“Kita akan terus mengadakan pelbagai program untuk menambah ilmu kepada guru-guru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia