Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak patuhi SOP punca penularan COVID-19 di Sarawak

Meskipun aktiviti atau majlis sosial dilarang diadakan bagi mengekang penularan COVID-19 masih ada yang ingkar

- Oleh Patricia Gari

“Kes COVID-19 di Sarawak masih tinggi. Dulu kita adalah dalam keadaan cukup baik, banyak kawasan hijau, hari ini tinggal 13 daerah sahaja (hijau). Jumlah kes harian (COVID-19) kita terus merekodkan tiga angka, maka keadaan di Sarawak belum pulih dan membimbang­kan. ”

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan punca penularan COVID-19 di negeri ini sejak beberapa minggu lalu.

Beliau berkata meskipun aktiviti atau majlis sosial dilarang diadakan bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti, masih ada yang ingkar.

Menurutnya masih ada komuniti mengadakan majlis sosial, termasuk mengadalan amalan kunjung mengunjung semasa sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu dan sabung ayam.

“Kes COVID-19 di Sarawak masih tinggi. Dulu kita adalah dalam keadaan cukup baik, banyak kawasan hijau, hari ini tinggal 13

daerah sahaja (hijau). Jumlah kes harian (COVID-19) kita terus merekodkan tiga angka, maka keadaan di Sarawak belum pulih dan membimbang­kan.

“Ini disebabkan kegagalam orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan terutama ketika mengadakan majlis sosial. Kita telah melarang aktiviti seumpama ini dilakukan tetapi mereka terus mengadakan amalan kunjung mengunjung semasa Tahun Baharu Cina yang lalu, barbeku di rumah dan pergi sabung ayam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembang­an COVID19 negeri Sarawak di sini, semalam.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata selama beberapa minggu yang lepas, kluster COVID-19 yang dilaporkan di negeri ini melibatkan majlis sosial seperti pengebumia­n, perkahwina­n, perjudian dan sabung ayam.

Beliau menambah, klusterklu­ster yang timbul daripada majlis sosial akan menjadi kluster COVID-19 yang cukup besar.

Dedahnya lagi semalam seramai 50 orang disahkan positif COVID-19 di sebuah rumah panjang di Betong gara-gara terlibat dalam aktiviti sabung ayam di situ.

“Majlis sosial ini biasanya melibatkan pergerakan antara daerah dari Zon Merah ke zon-zon lain seperti Kapit ke Betong dan Sibu ke Bintulu.

“Misalnya ada seorang dari Kapit, dia melawat ke Betong, Sibu dan Bintulu dan inilah mencetuska­n merebaknya penyakit ini. Kita juga diberitahu ada orang Sibu pergi ke Bintulu semata-mata hendak pergi ke kelab malam.

“Ini adalah perkara yang amat menyedihka­n kerana kegagalan mematuhi SOP telah menyebabka­n penularan COVID0-19 seperti dilaporkan hari ini,” ujarnya.

Justeru beliau berkata, JPBNS sekali lagi merayu agar semua rakyat Sarawak terus mematuhi SOP dengan tegas.

“JPBNS merayu, merayu lagi, ini sudah beberapa kali merayu, semua rakyat tolonglah mematuhi SOP. Hargainya nyawa dan kesihatan kamu.

“Kamu mematuhi SOP bukan kerana takut didenda atau ditangkap polis tetapi untuk keselamata­n diri sendiri, malangnya masih ada orang yang tidak takut, itu saya tidak faham,” tegasnya.

 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia