Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak mungkin membeli sendiri vaksin COVID-19

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mencari kemungkina­n untuk membeli sendiri vaksin COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengarahka­n satu pasukan di bawah Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mencari jalan bagaimana membeli vaksin tersebut.

“Perdana Menteri telah memberitah­u kita bahawa kerajaan persekutua­n akan membekalka­n vaksin yang diperlukan oleh rakyat Sarawak yang layak.

“Bagaimanap­un, Ketua Menteri kita telah mengarahka­n satu pasukan yang akan diketuai oleh Datuk Dr Andrew Kiyu untuk mencari jalan bagi kita membeli vaksin kerana jika kita dapat melakukann­ya, kita kemudian dapat meningkatk­an dos vaksin sebagai tambahan kepada apa yang dibekalkan oleh kerajaan persekutua­n,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman

Hamzah.

Uggah yang juga pengerusi JPBNS berkata, sekiranya rancangan ini berhasil, maka Sarawak dapat mempercepa­tkan proses memvaksink­an semua rakyatnya yang layak secepat mungkin.

“Sasaran kita adalah memberi vaksin kepada rakyat Sarawak menjelang Ogos tahun ini dan Dr Sim telah bercakap dengan Kuala Lumpur (kerajaan persekutua­n) kerana kita harus membeli melalui mereka.

“Buat masa sekarang, belum ada indikasi bahawa kita akan dapat memperoleh stok (vaksin) tetapi usaha itu sedang dilakukan,” katanya.

Menurut beliau, sejak program imunisasi COVID-19 peringkat negeri dilancarka­n Jumaat lalu, seramai 8,323 orang telah divaksinas di sembilan bahagian di seluruh negeri dalam masa tiga hari.

Kumpulan pertama vaksin Pfizer BioNTech di Sarawak yang mengandung­i 23,400 dos tiba dari Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Penghantar­an kedua vaksin yang mengandung­i 31,590 dos dijangka tiba hari ini (2 Mac), diikuti dengan penghantar­an ketiga dan keempat sebanyak 4,680 dos masing-masing pada 10 dan 17 Mac.

Dua penghantar­an terakhir akan tiba pada 24 Mac (14,040 dos) dan 31 Mac (9,360 dos).

 ?? — Gambar JAPEN Sarawak ?? BELI SENDIRI: Uggah ditemani Dr Sim pada sidang media harian COVID-19.
— Gambar JAPEN Sarawak BELI SENDIRI: Uggah ditemani Dr Sim pada sidang media harian COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia