Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mencatat 220 kes positif baharu COVID-19

-

KUCHING: Sarawak mencatat 220 kes positif baharu COVID-19 semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 9,765

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah berkata, daripada jumlah berkenaan, daerah Bintulu mencatat angka tertinggi iaitu 57 kes.

“Turut merekodkan kes COVID-19 ialah Sibu dengan 54 kes, Miri (37), Kapit (20), Kuching (12), Julau (10), Dalat (8), Sarikei (5), Meradong (5), Betong (4), Song (2), Subis (1), Bau (1), Mukah (1), Samarahan (1), Bukit Mabong (1) dan Selangau (1),” katanya pada sidang media perkembang­an status COVID-19 di sini, semalam.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, semalam terdapat 199 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari

Hospital Sibu (82), Hospital Umum Sarawak (47), Hospital Bintulu (30), PKRC di bawah Hospital Kapit (22), Hospital Sarikei (17) dan Hospital Miri (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 7,263 orang atau 74.38 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak,” jelasnya.

Katanya manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,385 orang.

“Hari ini juga 220 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Sementara seramai 522 individu di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia