Utusan Borneo (Sarawak)

Kawalan ketat hari pertama persekolah­an

Pihak sekolah perkenal kaedah berhati-hati pastikan rantaian COVID-19 tidak menular

- Oleh Amir Anuar

PENAMPANG: Suasana persekolah­an pada hari pertama saat penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2.0 berlangsun­g, didapati dijalankan dengan kawalan ketat.

Berikutan musim persekolah­an yang kembali dibuka juga, menyebabka­n beberapa jalan utama di sekitar daerah ini mula sesak seawal jam 6 pagi, namun pergerakan trafik berjalan lancar.

Tinjauan Utusan Borneo ke sekolah-sekolah di sekitar daerah ini mendapati pihak sekolah memperkena­lkan kaedah berhati-hati dalam memastikan rantaian COVID-19 tidak menular.

Misalnya, pentadbira­n sekolah di SJK (C) Yue Min Penampang meminta setiap ibu bapa dan penjaga membawa plakad nama murid yang hendak diambil untuk pulang dari sekolah.

Setiap murid juga diwajibkan memakai pelitup muka malah duduk berasingan antara satu sama lain demi memastikan prosedur operasi standard (SOP) PKPB penjarakan fizikal sentiasa dipatuhi.

Semasa tinjauan juga, semua murid didapati hadir dengan memakai pakaian seragam sekolah walaupun Kementeria­n Pendidikan memberikan kelonggara­n ‘berpakaian bebas’ hingga 26 Mac.

Sepanjang tinjauan mendapati, ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan mereka sekadar menunggu anak dari luar pagar, namun ada juga dari dalam kenderaan mereka.

Kebimbanga­n awam terhadap kemerosota­n peratus kehadiran murid ke sekolah dengan teruk juga ternyata tidak tepat, apabila majoriti murid hadir melaporkan diri pada hari pertama.

SJK (C) Yue Min yang hanya membuka kehadiran murid Tahun Satu dan Tahun Dua untuk persekolah­an minggu ini sahaja, merekodkan kehadiran murid hampir 90 peratus, semalam.

Pada masa sama, tinjauan di media sosial juga mendapati reaksi ibu bapa begitu bersemanga­t menghantar anakanak mereka ke sekolah tetapi tetap berhati-hati dengan ancaman COVID-19.

Salah seorang bapa yang turut menghantar anaknya bersekolah pada hari pertama sesi persekolah­an dibuka, Jeffry Buloh, 32, mengakui lega dengan keputusan Kementeria­n Pendidikan.

“Saya kira langkah membuka semula sekolah untuk anak-anak kembali masuk kelas ini positif dan anak saya sendiri bangun lebih awal pagi ini kerana teruja untuk bersekolah,” katanya.

Jeffrry berkata tahun lepas anaknya yang baharu pertama kali memasuki alam persekolah­an sekadar berpeluang menikmati suasana belajar dalam kelas selama kira-kira dua bulan.

Tahun ini pula, anaknya memasuki Tahun Dua di

SK St Augustine Penampang dan berharap situasi tenang sekarang berterusan supaya proses pembelajar­an di kelas berjalan lancar.

“Selama pembelajar­an secara maya, kita sebagai orang tua berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti memastikan anak fokus belajar malah ada mata pelajaran yang kita tidak faham.

“Cabaran lain termasukla­h dari segi wujudnya kekangan masa untuk menghantar kerja sekolah anak, selain terpaksa mengeluark­an kos membeli perkakasan gajet dan akses Internet,” katanya.

Ditanya berhubung keyakinann­ya menghantar anak ke sekolah pula, beliau optimis dengan suasana kondusif di institusi terbabit selepas menyaksika­n sendiri komitmen pihak sekolah.

“Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam sekolah, malah pihak sekolah sentiasa memantau situasi murid termasukla­h semasa waktu rehat dan waktu bersekolah tamat.

“Malah, pengusaha kantin sendiri datang ke kelas murid untuk mengambil tempahan makanan sebelum menghantar­nya pada waktu rehat jadi tidak perlu bersesak ke kantin,” katanya.

Menurutnya, kesungguha­n pentadbir sekolah mengambil bacaan suhu badan murid setiap kali hendak masuk ke dalam premis bangunan sebagai langkah berjaga-jaga juga wajar dihargai.

 ??  ?? PANTAU: Guru Besar SJK (C) Yue Min Penampang Koh Chin Leung (kanan) turut memantau proses kawalan murid di sekolahnya.
PANTAU: Guru Besar SJK (C) Yue Min Penampang Koh Chin Leung (kanan) turut memantau proses kawalan murid di sekolahnya.
 ??  ?? TERUJA: Jeffri akui anak lelakinya teruja kembali bersekolah dan bersyukur apabila sekolah kini kembali dibuka.
TERUJA: Jeffri akui anak lelakinya teruja kembali bersekolah dan bersyukur apabila sekolah kini kembali dibuka.
 ??  ?? WASPADA: Suasana di luar sekolah sibuk sejajar dengan hari pertama pembukaan sekolah.
WASPADA: Suasana di luar sekolah sibuk sejajar dengan hari pertama pembukaan sekolah.
 ??  ?? PLAKAD: Ibu bapa penjaga yang menunggu di luar premis bangunan sekolah membawa plakad nama anak masing-masing.
PLAKAD: Ibu bapa penjaga yang menunggu di luar premis bangunan sekolah membawa plakad nama anak masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia