Utusan Borneo (Sarawak)

Hari pertama persekolah­an berjalan lancar, anak-anak teruja jumpa guru dan kawan

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Hari pertama persekolah­an yang bermula semalam berjalan lancar dengan anak-anak kelihatan teruja untuk berjumpa guruguru dan kawan-kawan.

Peringkat pertama pembukaan sekolah melibatkan murid pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 bagi sekolah rendah kebangsaan dan swasta selain pelajar Semester 2 Kolej Vokasional Malaysia bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Tinjauan mendapati, pekarangan sekolah rendah mulai sibuk seawal jam 6 pagi apabila buat pertama kalinya guru-guru menerima kehadiran murid selepas lebih dua bulan menjalani pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR).

Dan, rata-rata ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa kesyukuran dan tidak kurang teruja untuk memulakan rutin seperti kebiasaann­ya iaitu menghantar pergi dan mengambil pulang anak-anak dari sekolah.

Bagi Sharifah Fairuz Mohd Tahir, dua orang anaknya bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bersiap dan mereka teruja untuk pergi ke sekolah lebih awal bagi mengelak tersekat dalam kesesakan jalan raya dan akhirnya lambat sampai di sekolah.

“Hari pertama sekolah, mereka teruja dan tidak sabar mahu jumpa kawan dan juga beberapa orang sepupu yang juga belajar di sekolah yang sama. Anak perempuan saya, Eryna Hana Esswandy belajar di Tahun 1 manakala adiknya, Ebrahim Hazim Esswandy di pra sekolah. Kedua-dua mereka belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia.

“Semasa sampai di perkaranga­n sekolah, guru-guru sibuk meminta murid-murid beratur dengan penjarakan fizikal bagi menunggu giliran untuk pemeriksaa­n suhu badan dan menggunaka­n cecair pembasmi kuman. Hanya selepas itu, baharu mereka dibenarkan masuk ke sekolah,” katanya.

 ??  ?? SIBUK: Guru-guru bertungkus-lumus memastikan SOP PKPB di sekolah sentiasa dipatuhi semua pihak termasuk murid-murid.
SIBUK: Guru-guru bertungkus-lumus memastikan SOP PKPB di sekolah sentiasa dipatuhi semua pihak termasuk murid-murid.
 ??  ?? TINJAU: Eryna Hana bersama kawan-kawan berbaris mengikut penjarakan fizikal untuk pemeriksaa­n suhu badan.
TINJAU: Eryna Hana bersama kawan-kawan berbaris mengikut penjarakan fizikal untuk pemeriksaa­n suhu badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia