Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera UMNO Sabah sudah diarah siap siaga hadapi PRU

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Semua jentera UMNO di peringkat Parlimen di negeri ini telah digerakkan dan diarahkan sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha UMNO Negeri Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata semua jentera parti di peringkat akar umbi perlu sentiasa bersiap siaga dan berusaha menguatkan parti untuk menghadapi PRU yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Kita sudah menemui pemimpin UMNO di Tawau, Kalabakan dan Semporna untuk mengetahui tahap persedian mereka dan saya perlu memastikan semua Parlimen benar-benar cukup bersedia,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Beliau berkata, UMNO Sabah setakat ini masih mempunyai persefaham­an dengan parti-parti sekutu di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan tiada apaapa perubahan.

“Bagaimanap­un, sebagai sebuah parti yang kukuh dan mempunyai ramai ahli di Sabah perlu sentiasa bersiap sedia,”katanya.

 ??  ?? TUNGGU: Pihak sekolah tidak membenarka­n ibu bapa penjaga memasuki kawasan sekolah sebagai langkah keselamata­n dan berjaga-jaga.
TUNGGU: Pihak sekolah tidak membenarka­n ibu bapa penjaga memasuki kawasan sekolah sebagai langkah keselamata­n dan berjaga-jaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia