Utusan Borneo (Sarawak)

Mulakan kelas pra-universiti dan diploma di Swinburne Sarawak dengan yuran sifar

-

KUCHING: Pelajar yang mengambil program praunivers­iti dan diploma di Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) berpeluang terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah setelah menamatkan program tersebut.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, pengambila­n untuk program praunivers­iti dan diploma kini dibuka bagi kelas yang akan bermula pada 12 April ini.

Dengan adanya Program Mula Dengan Yuran Sifar, pelajar tempatan boleh memulakan sesi pengajian dalam talian tanpa bayaran selama dua minggu.

Bakal pelajar terutama pelajar lepasan SPM yang masih belum membuat keputusan tentang menyambung pengajian mereka boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak serta kursus-kursus yang ditawarkan dengan menghubung­i Kaunselor Pendidikan melalui WhatsApp di 019-819 6353 atau e-mel kepada study@swinburne.edu.my.

Calon SPM juga boleh mendaftar untuk pengajian di universiti itu dengan menggunaka­n keputusan peperiksaa­n percubaan atau ‘forecast results’ atau keputusan peperiksaa­n sekolah.

Program pra-universiti merupakan program persediaan satu tahun yang akan menjurus kepada pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran akademik dan komunikasi serta kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal yang penting bagi menyiapkan mereka di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Unit utama dalam program pra-universiti itu menggalakk­an inovasi dan kreativiti manakala unit lain fokus kepada pemahaman pengkhusus­an sedia ada.

Sama ada pelajar berminat untuk bekerja di sektor swasta atau awam, program diploma yang mengambil masa selama dua tahun setengah pula akan menyiapkan pelajar dengan kemahiran kritis dan analitikal yang diperlukan dalam bidang pekerjaan di mana-mana industri.

Program komprehens­if itu akan membantu pelajar mengembang­kan pengetahua­n mereka tentang dunia perniagaan serta memperoleh kemahiran yang dapat dipindah dari satu industri ke industri yang berbeza seperti kemahiran kepimpinan, pemasaran, pengurusan, organisasi dan penyelidik­an.

Bakal pelajar yang memenuhi kelayakan akademik Swinburne layak secara automatik untuk pendaftara­n mendapatka­n biasiswa atau bursari yang ditawarkan oleh Kerajaan Sarawak atau agensi berkaitan kerajaan.

Pelajar juga mempunyai pilihan untuk membayar yuran pengajian secara ansuran tanpa faedah selama 10 kali setahun.

Di samping itu, pelajar Bumiputera Sarawak boleh mendaftar untuk Skim Bursari BP40 iaitu skim pendidikan yang direka khas oleh Yayasan Sarawak untuk meringanka­nbebankewa­ngan pelajar Bumiputera kelahiran Sarawak yang mempunyai latar belakang berpendapa­tan rendah dan sederhana (B40 dan M40).

Dengan skim itu lagi, jumlah yuran untuk program pra-universiti selama setahun adalah RM5,446 dan yuran untuk program Diploma Pengurusan Perniagaan selama dua setengah tahun berjumlah RM17,693.

Baru-baru ini, Swinburne Sarawak memeterai perjanjian dengan Regent Internatio­nal Schools bagi menawarkan Pengajian Pra-universiti Swinburne dalam bidang perniagaan dan kejurutera­an/ sains bermula April 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari www. swinburne.edu.my, laman Facebook (@swinburne sarawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? REBUT PELUANG: Daftar sekarang untuk pengambila­n April 2021 bagi program pra-universiti dan diploma Swinburne.
REBUT PELUANG: Daftar sekarang untuk pengambila­n April 2021 bagi program pra-universiti dan diploma Swinburne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia