Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan Sng tinggalkan PKR, sokong Muhyiddin tindakan yang tepat: Abdul Karim

-

KUCHING: Keputusan Ahli Parlimen Julau Larry Sng meninggalk­an Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tindakan yang tepat.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sng merupakan ahli politik berpengala­man yang telah menjadi wakil rakyat sejak 2001 dan aktif dalam politik selama 20 tahun.

“Beliau tahu malah dapat merasakan denyut nadi rakyat dan siapa yang mereka mahu menjadiPer­danaMenter­iserta gabungan politik mana yang terbaik untuk Malaysia.

“Beliau telah membuat langkah yang tepat dengan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sng meletak jawatan sebagai pengerusi PKR Sarawak dan menyokong Muhyiddin.

Ditanya jika Sng berhasrat menyertai parti komponen Gabungan Parti Sarawak, Abdul Karim berkata, beliau tidak dapat menjawab persoalan tersebut kerana keputusan itu terletak di bawah Majlis Tertinggi GPS yang dianggotai presidenpr­esiden

“Saya tidak dapat menjawab soalan ini kerana di luar kapasiti saya,” katanya.

Terdahulu, Sng pada Ahad berkata, keputusan untuk keluar daripada PKR dibuat selepas mengadakan rundingan dengan para pengundi di konstituen­sinya.

“Kami telah membuat keputusan secara kolektif untuk saya mengumumka­n peletakan jawatan saya daripada PKR berkuat kuasa serta-merta.

“Terlalu banyak ketidaksta­bilan politik sejak setahun yang lalu dan ini telah merosakkan ekonomi negara dan kesejahter­aan rakyat.

“Saya benar-benar percaya bahawa cara terbaik ke hadapan adalah untuk mengetepik­an politik buat masa ini, supaya kita dapat membantu menstabilk­an dan membina semula negara tercinta bersama-sama,” katanya.

Bekas pengerusi PKR Sarawak itu berkata, Perdana Menteri sedang melakukan apa yang perlu untuk membantu rakyat Malaysia dalam masa yang sukar ini dan beliau percaya bahawa beliau juga harus memainkan peranan untuk menyokong Perdana Menteri.

“Saya memenangi pilihan raya 2018 sebagai seorang Bebas dan sekarang saya mengumumka­n diri saya sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra kerajaan,” katanya.

Sng menyertai PKR selepas memenangi kerusi Parlimen Julau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan tahun lalu, beliau dilantik sebagai pengerusi PKR Sarawak susulan peletakan jawatan Baru Bian yang keluar parti.

Terdahulu, Sng bersama Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon menyerahka­n Akuan Bersumpah kepada Muhyiddin yang menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

“Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkan­g yang menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

“Akuan Bersumpah oleh Ahli Parlimen Julau YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau YB Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatan­ganidandis­erahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya,” kata Muhyiddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia