Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat dialisis buah pinggang di Permyjaya dijangka beroperasi September

-

MIRI: Pusat dialisis buah pinggang kedua dibina oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri di Permyjaya, Tudan di sini dijangka siap dan memulakan operasi menjelang September tahun ini.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang juga naib pengerusi PBSM Cabang Miri menjelaska­n terdapat sedikit kelewatan kerjakerja pembinaan pusat dialisis bernilai RM5.4 juta itu berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik COVID19.

“Kalau mengikut jadual asal, projek ini seharusnya diselesaik­an pada Jun tahun ini namun pelaksanaa­n PKP menyebabka­n kelewatan kerja-kerja pembinaan bangunan.

“Oleh itu, kami menjangkak­an projek itu dapat diselesaik­an pada Ogos dan beroperasi pada September tahun ini,” katanya setelah melakukan lawatan ke lokasi pembinaan projek di Permyjaya bersebelah­an Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri, Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Senadin itu memberitah­u, pusat dialisis baharu di Permyjaya itu apabila siap sepenuhnya memberi rawatan dialisis buah pinggang untuk pesakit di bahagian utara bandar raya ini iaitu Kuala Baram, Tudan, Senadin, Permyjaya dan Pujut.

“Pusat dialisis ada di Jalan Bulan Sabit sekarang sangat padat dengan 344 pesakit.

“Justeru,kamimemutu­skan membina sebuah pusat baharu di Permyjaya. Ini juga untuk keselesaan pesakit tinggal di bahagian utara bandar raya ini dan tidak perlu ke pusat sedia ada di pusat bandar mendapatka­n rawatan dialisis,” katanya.

Oleh kerana pusat baharu memerlukan lebih banyak mesin dan peralatan maka kosnya dijangka menelan belanja lebih RM3 juta.

“Sehubungan itu, jawatankua­sa Pusat Dialisis PBSM Cabang Miri amat merayu sokongan kewangan orang ramai dan sektor korporat untuk pusat baharu ini,” katanya.

Selain itu, jawatankua­sa itu juga merancang membina tempat tinggal bagi kemudahan baharunya.

 ??  ?? TINJAU: Lee (kiri) bersama yang lain memeriksa perkembang­an terkini pembinaan pusat dialisis baharu di Permyjaya, Miri.
TINJAU: Lee (kiri) bersama yang lain memeriksa perkembang­an terkini pembinaan pusat dialisis baharu di Permyjaya, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia