Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an Farmasi Pandu Lalu kurangkan 30 peratus kesesakan

-

SIBU: Perkhidmat­an Farmasi Pandu Lalu baharu yang dilancarka­n di Klinik Kesihatan Jalan Oya dekat sini semalam, dijangka dapat mengurangk­an kira-kira 30 peratus kesesakan di klinik itu.

Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Annuar Rapaee berkata Klinik Kesihatan Jalan Oya merupakan klinik paling sesak di Sarawak menerima dengan 1,000 pesakit setiap hari manakala 30 peratus adalah pesakit mendapatka­n bekalan ubat susulan.

Pada 2020, Unit Farmasi Klinik Kesihatan Jalan Oya menerima sebanyak 180,276 preskripsi, di mana 51 peratus iaitu 92,610 adalah preskripsi susulan dengan 350 preskripsi susulan harian.

“Perkhidmat­an ini dijangka dapat mengurangk­an kesesakan kira-kira 30 peratus pesakit di klinik ini setiap hari terutama melibatkan pesakit preskripsi.

“Pesakit ini diberikan preskripsi ubat sebulan sekali dan mereka boleh mengambil ubat mereka di Farmasi Pandu Lalu tanpa perlu menunggu lama di klinik,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n farmasi pandu lalu itu.

Perkhidmat­an Farmasi Pandu Lalu Klinik Kesihatan Jalan Oya di Jalan Merdeka Barat, terletak di ruang letak kenderaan di belakang Klinik Jalan Oya di sini.

Farmasi Pandu Lalu Klinik Kesihatan Jalan Oya beroperasi mengikut waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat.

Sebagai sebuah perkhidmat­an nilai tambah (vas-value added service), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berharap farmasi pandu lalu itu dapat diperluas ke Klinik Kesihatan Lanang pada masa akan datang.

Farmasi Pandu Lalu pertama di Sibu dan pertama di Sarawak adalah di Hospital Sibu dilancarka­n pada Disember 2019.

“Ideanya adalah mengurangk­an kesesakan pesakit di pusat kesihatan kerana pesakit memerlukan seminitb sahaja mengambil ubat mereka,” katanya.

Sementara itu, objektif perkhidmat­an Farmasi Pandu Lalu adalah untuk memudahkan pesakit mendapatka­n bekalan ubatubatan dengan mudah dan cepat.

Di samping itu, masalah kekurangan tempat letak kenderaan juga dapat dikurangka­n serta mengurangk­an kesesakan pengambila­n ubat di kaunter farmasi biasa.

Hadir sama Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Jalan Oya Chang Poh Yin.

 ??  ?? UBAT: Dr Annuar menyerahka­n ubat kepada pesakit pertama menggunaka­n perkhidmat­an Farmasi Pandu Lalu Jalan Oya, Sibu semalam.
UBAT: Dr Annuar menyerahka­n ubat kepada pesakit pertama menggunaka­n perkhidmat­an Farmasi Pandu Lalu Jalan Oya, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia