Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pesakit COVID-19 kesal dipandang negatif, dihina

Pesakit adalah mangsa dan mereka tidak meminta untuk dijangkiti, kata Cristy yang terlantar hampir tiga minggu

- Oleh Andy Sabang

Adalah sesuatu yang tidak benar jika mendakwa mereka (pesakit COVID-19) tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk melindungi diri

” daripada virus tersebut.

SIBU: Orang ramai dirayu agar tidak menimbulka­n persepsi negatif dan menghina pesakit yang didapati positif COVID-19.

Seorang bekas pesakit COVID-19 yang hanya ingin dikenali sebagai Cristy berkata, pesakit adalah mangsa dan mereka tidak meminta untuk dijangkiti.

Bercakap berdasarka­n pengalaman­nya sendiri, Cristy, 38, yang merupakan seorang ibu dari Sibu Jaya berkata, tidak ada sesiapa yang mahu dijangkiti wabak itu.

“Adalah sesuatu yang tidak benar jika mendakwa mereka (pesakit COVID-19) tidak mengambil langkah berjagajag­a yang sewajarnya untuk melindungi diri daripada virus tersebut.

“Saya melihatnya dengan mata saya sendiri ketika kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) datang

Bekas pesakit COVID-19

menjemput saya.

“Jiran-jiran telah mencemuh dengan mengatakan sesuatu yang hina terhadap diri saya,” kata Cristy menerusi laman Facebook miliknya Sabtu lalu.

Catatan peribadiny­a itu telah dikongsi 3,400 kali oleh pengguna Facebook setakat ini.

Cristy berkata, dia telah menjalani ujian calitan pada 1 Februari lalu di Klinik Kesihatan Sibu Jaya setelah mengalami gejala COVID-19.

Katanya, tiga hari sebelum berkunjung ke Klinik Kesihatan Sibu Jaya, Cristy mendakwa dia berasa sejuk sepanjang hari selain turut hilang selera makan dan sakit dada ketika bernafas.

“Saya menangis ketika KKM menghubung­i dan memaklumka­n saya telah diuji positif COVID-19 pada 3 Februari.

“Saya bertanya kepada diri sendiri dari manakah saya mendapat jangkitan wabak itu.

“Ini kerana saya bukan kontak rapat kepada pesakit positif, selain tidak pernah menghadiri mana-mana perjumpaan.

“Cuma sebelum itu saya ada pergi ke bank dan pasar raya di Sibu Jaya,” katanya.

Pun begitu Cristy tetap bersyukur kerana suami dan anaknya tidak dijangkiti wabak maut berkenaan dan diuji negatif pada ujian calitan pertama mereka.

Menurut Cristy, dia telah dibawa dengan menaiki ambulans KKM ke Hospital Sibu jam 8.30 malam pada hari yang sama dia diumumkan positif COVID-19.

Semasa berada di Unit Kecemasan

dan Trauma (ICU) hospital, Cristy memberitah­u dia telah diberikan ubat-ubatan serta bantuan oksigen.

“Seorang doktor bertanya adakah saya mahu diberi bius untuk ditidurkan.

“Saya menolak setelah terpandang seorang lelaki tua di hadapan saya, dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri seperti yang disebutkan oleh doktor.

“Mereka memantau keadaan saya sehingga saya menjadi lebih baik dan pada jam 2.30 pagi saya dipindahka­n ke wad,” ujarnya.

Cristy berkata, sepanjang 10 hari berada di hospital dia telah menyaksika­n dua kematian.

“Saya sempat berkenalan dengan mereka berdua kerana tempat tidur mereka betul-betul berhadapan tempat tidur saya.

“Yang lebih muda cukup dekat dengan saya, dia sering berkongsi makanannya dengan saya.

“Saya tidak percaya bahawa dia sudah tiada,” katanya.

Dari wad Cristy dipindahka­n ke pusat kuarantin Kolej Laila Taib pada 13 Februari setelah keadaannya bertambah baik.

Pada 21 Februari, dia akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

Cristy

 ??  ?? PENGALAMAN PAHIT: Kolaj foto menunjukka­n keadaan Cristy semasa berada di hospital.
PENGALAMAN PAHIT: Kolaj foto menunjukka­n keadaan Cristy semasa berada di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia