Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP Sarikei rekodkan 16 kes babit pelbagai kesalahan

-

SARIKEI: Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sarikei telah berjaya merekodkan 16 tindakan kes tahun ini yang melibatkan pelbagai kesalahan sejak 1 Januari.

Ketua Cawangan Pejabat KPDNHEP Sarikei Mohamad Zawawi berkata, kejayaan tersebut adalah hasil pemeriksaa­n secara berterusan pihak KPDNHEP Sarikei ke atas premis perniagaan di sekitar empat daerah iaitu Sarikei, Bintangor, Pakan dan Julau.

“Dalam tempoh tersebut, sebanyak 1,765 premis perniagaan­telahberja­yadiperiks­adari empat daerah terbabit dan 16 kes berjaya direkodkan.

“Hasil daripada pemeriksaa­n terbabit sejumlah RM17,205.50 serta kompaun sebanyak RM1,300 berjaya direkodkan.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyakse­mbilanadua­npengguna direkodkan dan diterima merangkumi aduan tiada tanda harga, bekalan dan harga barang kawalan, alat timbang dan sukat yang tamat tempoh penentusah­an dan berkenaan penggunaan logo halal,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam.

Sementara itu tambahnya, beberapa kes lain masih dalam siasatan.

Dalam perkembang­an yang sama, Mohamad menegaskan bahawa bagi memastikan hak pengguna di daerah ini terus terjaga pihak KPDNHEP Sarikei akan terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa.

“Pegawai penguat kuasa dan pegawaipem­antauharga­KPDNHEP Sarikei juga akan terus melakukan pemeriksaa­n secara menyeluruh­untukmemas­tikan kedudukan bekalan terutama barangan keperluan asas mencukupi di pasaran.

“Sehubungan itu, kita memohon kerjasama daripada masyarakat jika mempunyai sebarang aduan berkaitan bekalan dan harga serta salah laku peniaga boleh membuat aduan dengan menghubung­i Bilik Gerakan KPDNHEP Sarikei di talian 084-657751 atau hadir sendiri ke pejabat agar siasatan dapat dibuat oleh pegawai penguat kuasa,” tegas Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia