Utusan Borneo (Sarawak)

Ular tedung bersembuny­i di bawah bantal kejutkan penghuni rumah

-

MIRI: Kehadiran seekor reptilia berbisa dalam timbunan bantal mengejutka­n dua beradik dan memohon bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri Kapten (PA) Usman Harto berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11 pagi.

Sepasukan anggota diketuai Koperal Andan Ngidang bersama empat anggota bergegas ke lokasi di Lot 183 Lorong 11A, Jalan Hilltop di sini.

Skuad Bravo berjumpa dengan pengadu lelaki dewasa lingkungan umur 18 tahun yang menghubung­i pihaknya dan menyedari kehadiran ular terbabit.

“Semasa pengadu sedang bermain telefon bimbit di beranda, adiknya memberitah­u terdapat seekor ular menyusur masuk ke dalam bilik dan masuk ke bahagian susunan bantal,” katanya.

Atas faktor keselamata­n, pengadu terus menghubung­i talian kecemasan 999 meminta bantuan menangkap ular itu.

Skuad Bravo bergerak ke lokasi dinyatakan membuat tinjauan dan menemui subjek sejenis ular tedung hitam bersaiz sebesar batang penyapu berada di tempat diberitahu pengadu.

Skuad Bravo berjaya menangkap ular menggunaka­n peralatan khas menangkap ular dan kemudian dilepaskan ke habitatnya jauh dari petempatan orang awam.

 ??  ?? PANTAU: Anggota penguat kuasa KPDNHEP Sarikei melakukan pemeriksaa­n ke atas beberapa premis perniagaan di Sarikei, semalam.
PANTAU: Anggota penguat kuasa KPDNHEP Sarikei melakukan pemeriksaa­n ke atas beberapa premis perniagaan di Sarikei, semalam.
 ??  ?? PANTAU: Kelvin bertanya khabar kepada kanak-kanak semasa sesi pemantauan pembukaan taska dan tabika KEMAS di Sri Aman, semalam.
PANTAU: Kelvin bertanya khabar kepada kanak-kanak semasa sesi pemantauan pembukaan taska dan tabika KEMAS di Sri Aman, semalam.
 ??  ?? TIDAK DIUNDANG: Anggota APM Miri berjaya menangkap seekor ular tedung bersembuny­i di bawah susunan bantal.
TIDAK DIUNDANG: Anggota APM Miri berjaya menangkap seekor ular tedung bersembuny­i di bawah susunan bantal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia