Utusan Borneo (Sarawak)

357 kanak-kanak mulakan sesi tabika, taska KEMAS di Sri Aman

-

SRI AMAN: Seramai 357 kanak-kanak tabika dan taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di daerah Sri Aman telah memulakan sesi persekolah­an tahun ini, semalam.

Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Lubok Antu Marinda Stewart Thaim berkata, daripada jumlah berkenaan, 317 adalah kanak-kanak tabika.

Menurutnya, sesi persekolah­an tahun ini berbeza di mana sesi pengajaran dan pembelajar­an adalah berdasarka­n kepada norma baharu.

Katanya, dalam keadaan negara masih dilanda pandemik COVID-19 semua pihak mesti mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas mengadakan Tinjauan Sesi Persekolah­an Tahun 2021 di Tabika KEMAS di daerah Sri Aman dekat sini, pagi semalam.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa tabika dan taska KEMAS di sekitar daerah ini mendapati rata-rata ibu bapa menghantar anak mereka mematuhi SOP ketat.

Telah menjadi kebiasaan ibu bapa dan anak-anak mereka menggunaka­n pelitup separuh muka manakala anak-anak dibekalkan dengan cecair pensanitas­i tangan.

Sementara itu, tinjauan di beberapa sekolah rendah di bandar ini juga mendapati para pelajar yang memasuki pekarangan sekolah turut menggunaka­n aliran keluar masuk seperti yang telah ditetapkan.

Turut serta dua pegawai Jabatan KEMAS Bahagian Sri Aman Wan Habeeb Wan Mohamad dan Kelvin Lambai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia